Everything is hard

Everything is hard before it becomes easy

Raduk air banjir, saya ke sekolah kebangsaan kat sini tengok mangsa banjir.  Nampak kanak-kanak sedang main air depan pintu masuk. Saya ajak mereka bergambar berlatar belakangkan kantin sekolah.

Jalan ke atas sikit tempatnya lebih tinggi. Tempat dimana berpuluh keluarga tinggal sementara. Tak sampai hati nak ambil gambar pakcik makcik yang letih duduk dalam kelas. Bantuan makanan memang ada. Masak sendiri. Masakan popular lauk ikan sardin. Pickup Kementerian kesihatan nampak di parking dekat  tempat perhimpunan pelajar. Jururawat memberi ubat-ubat kepada mangsa banjir. 


Masa nak keluar nampak Pusat Sumber Sekolah. Harap-harap barang di lantai telah diangkat ke atas meja.  Tengok gaya macam air dah masuk lebih 6 inci. Kalau dah tahu begini tentu kena fikir balik tempat yang sesuai untuk buat pusat sumber ini.


Anak-anak mangsa banjir ambil peluang main dan berenang. Dah lama tak banjir. Air jernih kerana air dari ampangan. Jiran kata ini air minuman kita. Tak macam air banjir dekat taman dulu penuh dengan lumpur. Banjir kat taman dulu air naik pagi surut pukul lima. Sini ....dah 3 hari air nak surut .....lambat dan lama.

Sekian. Kiasan Just Read dok fikir buku budak-budak ni ada lagi ka?

Comments

Syafrizal said…
seronok la tu hehe
main air...
nak marah pun tak bole

Popular Posts