Friday, August 30, 2013

Hari Raya Merdeka





Sekali lagi pada tahun ini kami merayakan AidilFitri bersama keluarga besar Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan UiTM Perlis dengan suasana meriah. Malam 30 Ogos 2013 menjadi malam sambutan Hari Raya kami. Dato' Rektor sudi hadir beramah mesra dengan staf perpustakaan dan kesempatan itu kami juga turut menyambut Hari kemerdekaan dengan memotong kek kemerdekaan Malaysia. Terima kasih kepada jawatankuasa sambutan yang berusaha menjayakan majlis ini. Alhamdulillah apa yang kita hajatkan Allah telah izinkan dan setiap kebaikan insyaAllah akan ada ganjaran dariNya.




Friday, August 23, 2013

Elektrik: api yang tidak nampak



Sahaja mengingatkan diri sendiri dan pembaca tentang bahaya yang boleh berlaku bila kita berurusan dengan barangan elektrik. Selalunya barangan elektrik perlu diselengara ataupun perlu diambil perhatian sedikit tentang kemungkinan yang ianya mendatangkan bahaya kepada kita. Jika bangunan yang kita duduki sudah lama cuba tengok pendawaian elektrik perlu ditukar atau tidak. Jika guna penghawa dingin pula adakah sudah perlu diselenggara atau tidak. Jika guna komputer, cuba tengok cara kita tutup suis. Kalau cara tak betulpun boleh mengundangkan bahaya.

Elektrik, api yang tidak nampak. Bila kita nampak dah tak sempat nak buat apa-apa lagi dah. Ingat mengingatlah kita bila bekerja di pejabat atau di mana sahaja termasuk di rumah sendiri bila berurusan dengan barangan elektrik.


Gambar hiasan sahaja.

Thursday, August 01, 2013

Iftar Jamae'i bersama DYTM Tuanku Raja Muda Perlis

Majlis Iftar Jamae'i bersama DYTM Tuanku Raja Muda Perlis di UiTM Perlis telah diadakan pada malam 22 Ramadhan 1434H yang lalu. Sampena dengan majlis itu diadakan majlis penyerahan Cek kepada Pasukan Bolasepak yang menjuari Liga IPT. Selain itu pelancaran 1Fakulti 1Masjid Sahabat dan 1Sekolah Angkat telah diadakan selepas solat Maghrib.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads