Saturday, May 28, 2011

Lawatan staf PTAR ke PDJH



 
  



  


 

 

Seramai 40 orang staf Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam membuat lawatan ke Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan UiTM Perlis pada 23 Mei 2011. Melihat sendiri operasi perpustakaan PDJH dan infrastuktur yang ada sudah tentu tetamu kami dapat membezakan antara operasi di induk dan cawangan.

Sekian. Kiasan Just Read ...terima kasih kerana sudi melawat kami.

Lawatan ke Galeri DiRaja Arau

Kesempatan Bengkel Penjilidan Lanjutan di UiTM Perlis para penjilid dibawa melawat ke Galeri DiRaja Arau. Di sini dapatlah para penjilid ini melihat bahan-bahan yang digunakan untuk istiadat yang melibatkan Tuanku Raja Perlis terutamanya bahan-bahan yang boleh dibuat oleh para penjilid seperti folder, buku ucapan, stationary dan sebagainya.


Sekian. Kiasan Just Read ...hari ini adalah sejarah untuk hari esok.

Thursday, May 26, 2011

Pro Canselor



Y.Bhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad Pro Canselor UiTM telah sudi menyampaikan diploma dan ijazah di Istiadat Konvokesyen UiTM ke-74 UiTM Perlis. Istiadat Konvokesyen ini berlangsung dari 18 hingga 19 Mei 2011.

 

Tan Sri mudah mesra dengan staf 


 
Menikmati kesegaran hasil ladang di dalam kampus

 
  Mendengar dan memberi pandangan.

Berjenaka memeriahkan suasana. 

 


Sekian. Kiasan Just Read ...lebih banyak bekerjasama lebih menghormati...!.

Wednesday, May 25, 2011

Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-74 UiTM Perlis


Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-74 UiTM Perlis telah selesai diadakan dari 18 hingga 19 Mei 2011. Lebih dari 700 graduan hadir menerima ijazah dan diploma masing-masing dalam tiga sidang yang dijalankan pada dua hari tersebut. Pro Canselor Y. Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad sudi menyampaikan ijazah dan diploma pada ke tiga-tiga sidang tersebut. Sempena konvokesyen kali ini Pesta Konvo turut diadakan. Ianya diuruskan oleh Alumni UiTM Perlis.  Pesta Konvo ini diadakan dari 18 Mei hingga  22 Mei 2011.




  
Menjayakan Istiadat Konvokesyen  merupakan tugas yang memerlukan kerjasama semua pihak. Kerusi yang tersusun kemas, karpet yang terhampar, bunga yang segar menghiasi dewan, buku konvokesyen yang elok terletak atas kerusi, mainan gamelan yang sedap telinga mendengar, suara juruacara yang jelas sebutannya, makanan untuk petugas siap pada masanya, graduan beratur mengikut nombor giliran dan Pro Canselor berucap menusuk dada mengalir air mata dan semuanya berjaya kerana "kerjasama".



    

 
Yang elok sedap didengar, cantik dipandang, yang janggal untuk dibetulkan, yang herot luruskan, yang panas sejukkan, yang lambat cepatkan, yang cepat lambatkan, yang gelap cerahkan, yang cerah deamkan, yang kotor bersihkan, asam garam pengurusan konvokesyen ada saja ceritanya. Sri Semarak menanti lagi Oktober ini.


Sekian. Kiasan Just Read ...menghargai kerjasama semua pihak. IzinNYA jugalah semua elok belaka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads