Wednesday, May 25, 2011

Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-74 UiTM Perlis


Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-74 UiTM Perlis telah selesai diadakan dari 18 hingga 19 Mei 2011. Lebih dari 700 graduan hadir menerima ijazah dan diploma masing-masing dalam tiga sidang yang dijalankan pada dua hari tersebut. Pro Canselor Y. Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad sudi menyampaikan ijazah dan diploma pada ke tiga-tiga sidang tersebut. Sempena konvokesyen kali ini Pesta Konvo turut diadakan. Ianya diuruskan oleh Alumni UiTM Perlis.  Pesta Konvo ini diadakan dari 18 Mei hingga  22 Mei 2011.




  
Menjayakan Istiadat Konvokesyen  merupakan tugas yang memerlukan kerjasama semua pihak. Kerusi yang tersusun kemas, karpet yang terhampar, bunga yang segar menghiasi dewan, buku konvokesyen yang elok terletak atas kerusi, mainan gamelan yang sedap telinga mendengar, suara juruacara yang jelas sebutannya, makanan untuk petugas siap pada masanya, graduan beratur mengikut nombor giliran dan Pro Canselor berucap menusuk dada mengalir air mata dan semuanya berjaya kerana "kerjasama".



    

 
Yang elok sedap didengar, cantik dipandang, yang janggal untuk dibetulkan, yang herot luruskan, yang panas sejukkan, yang lambat cepatkan, yang cepat lambatkan, yang gelap cerahkan, yang cerah deamkan, yang kotor bersihkan, asam garam pengurusan konvokesyen ada saja ceritanya. Sri Semarak menanti lagi Oktober ini.


Sekian. Kiasan Just Read ...menghargai kerjasama semua pihak. IzinNYA jugalah semua elok belaka.

1 comment:

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

rindu uitm perlis...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads