Jerebu pun sampai ke Perlis


Jerebu melanda negara kita sehingga sekolah di seluruh Semananjung Malaysia ditutup. Perlis tidak ketinggalan IPU mencecah 226 tetapi kuliah di UiTM Arau tetap diteruskan, cuma aktiviti luar dikurangkan. Ada viral kata kuliah dibatalkan dan Rektor terpaksa menafikan. Kerajaan Malaysia berusaha membantu Indonesia bagi mengatasi masalah jerebu ini yang menjejaskan pelbagai program termasuk Hari Sukan Negara. Lapangan terbang Langkawi ditutup dan penerbangan ditunda.
Sementara itu perlawanan Bola sepak Piala Sultan Selangor juga ditangguhkan. Isu bacaan IPU antara yang dibincangkan dalam media masa dengan persoalan kenapa bacaan kita tidak sama dengan Singapura. Begitu juga di Indonesia kerajaan mereka menyediakan dua buah kapal perang untuk pindahkan penduduk. Bayangkan bacaan IPU sudah melebihi 2000 di tempat mereka.

Comments

Popular Posts