Thursday, May 07, 2009

Perpustakaan dan sukan


Memang menjadi suatu kebiasaan kalau kita mendengar bahawa perpustakaan mempunyai pasukan sukan yang kuat. Selalunya sukan bola sepak dan sepak takraw menjadi keunggulan pasukan perpustakaan. Manakan tidak perpustakaan dengan bilangan stafnya yang ramai memang menjadi suatu kelebihan dalam bidang sukan. Di UiTM pasukan bolasepaknya selalunya kuat dan menjadi gerunan jabatan-jabatan lain. Bila usia perpustakaan sudah meningkat maka staf yang bertenaga pun bertambah kurang dan perlulah dikongsi kekuatan dengan staf dari jabatan lain pula. Sememangnya sukan mengeratkan silaturahim antara staf. Memberi kekuatan badan untuk bekerja dan mengelak dari gejala yang kurang baik.

Tetapi kini bila usia semakin lanjut bolasepak bukan lagi mainan kita, bagilah pada staf muda yang bertenaga. Walau bagaimanapun sukan seperti ping pong dan yang tidak menggunakan stamina yang kuat masih mampu diteruskan. Sekali sekala main bowling bersama kawan-kawan untuk merehatkan minda dan bergembira bersama keluarga.

Tuesday, May 05, 2009

Pembelian buku mengunakan sebut harga


Pekeliling Kontrak perbendaharaan Bil.1 tahun 2009 menyebut bahawa buku terbitan dan cetakan luar negara meliputi buku, majalah, jurnal dan thesis hendaklah dibeli menggunakan kaedah sebutharga apabila pembelian berjumlah RM50,000 keatas. Jika kurang dari itu ianya hendaklah dibuat secara pembelian terus dengan pembekal bumiputra yang mempunyai kod bidang 010101 (bahan bacaan terbitan luar negara). Kod ini terlibat juga untuk semua kaedah sebutharga tadi. Walau bagaimanapun setiap kaedah mempunyai pertimbangan keputusan samada dari Jawatankuasa Sebut Harga Agensi, Lembaga Perolehan Agensi dan akhir sekali Kementerian Kewangan.

Kita tunggu 6 bulan samada kaedah yang dikehendaki ini melepasi peringkat kritikal atau tidak. Jika berjaya syabas diucapkan. Jika tidak maka perlu kemaskini kaedahnya. PERPUN perlu bersidang untuk mencadangkan kaedah yang cantik molek yang boleh digunakan oleh semua perpustakaan berdasarkan pekeliling ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads