Pembelian buku mengunakan sebut harga


Pekeliling Kontrak perbendaharaan Bil.1 tahun 2009 menyebut bahawa buku terbitan dan cetakan luar negara meliputi buku, majalah, jurnal dan thesis hendaklah dibeli menggunakan kaedah sebutharga apabila pembelian berjumlah RM50,000 keatas. Jika kurang dari itu ianya hendaklah dibuat secara pembelian terus dengan pembekal bumiputra yang mempunyai kod bidang 010101 (bahan bacaan terbitan luar negara). Kod ini terlibat juga untuk semua kaedah sebutharga tadi. Walau bagaimanapun setiap kaedah mempunyai pertimbangan keputusan samada dari Jawatankuasa Sebut Harga Agensi, Lembaga Perolehan Agensi dan akhir sekali Kementerian Kewangan.

Kita tunggu 6 bulan samada kaedah yang dikehendaki ini melepasi peringkat kritikal atau tidak. Jika berjaya syabas diucapkan. Jika tidak maka perlu kemaskini kaedahnya. PERPUN perlu bersidang untuk mencadangkan kaedah yang cantik molek yang boleh digunakan oleh semua perpustakaan berdasarkan pekeliling ini.

Comments

Syed said…
Assalamualaikum En. Rashid,

Pada pendapat saya dari pandangan kontraktor "melayu" buku, dan sebelum terlepas cakap - saya bertapak,bermula dalam industri buku pendidikan dari cerdik pub selama 2 tahun dan syarikat gabungan pelabur dari negara arab Saudi telah bertapak di malaysia masuk 10tahun.

Sebutharga RM50,000 ini hanya lah sekadar perancangan Barisan Nasional untuk (melindungi)Kontraktor BumiPutera - akan tetapi bidang perlaksanaan tetap lemah seperti jua Industri yang lain bersangkut paut dibumi yang bernama Malaysia ini.

Misalan kata :(Contoh) Syarikat Bumiputera membuat segala kerja titik peluh dari bawah sehingga akhirya mendapat pembelian RM35,000

Proses - adalah dari 60hari - 90hari

Syarat utama hantaran dalam masa singkat -30 hari.

Modal Pembelian - Syarikat sendiri keluar dulu 100%

Margin Discount Kerajaan letak 10%

Nak makan apa macam ni?

Sedangkan syarikat bukan bumiputera yang tidak perlu dan ada kalanya berjaya mendampingi pengarah atasan diatas sebab salah satu - Politik.

Mereka yang mendampingi pihak atasan ini haruslah dipertimbangkan cara etika pihak kerajaan diatas sesuatu proses pembelian.

Kesimpulan - Saya cadangkan Sebutharga RM 250,000 (Suku Juta) dikenakan diatas syarikat SDN.BHD & Berhad. - Wajib kepada Kedua syarikat Bumiputera DAN Bukan - Bumiputera.

Sekian Terima Kasih,
Anonymous said…
Bacalah komen dari web ini.. adakah ianya berkaitan dengan masalah yang sama? tak pasti saya...

http://universitipts.com/index.php/sudah_ada_kontraktor_buku_yang_menyorokkan_kereta/

end.

Popular Posts