Saturday, April 14, 2012

Gua Kelam ke 2 Perlis menanti anda

Perjalanan ke dalam Gua Kelam ke 2 ini memerlukan Ranger. Gua Kelam 1 di tutup disebabkan banjir besar. Mengambil kesempatan bercuti bawa keluarga dan saudara ke sini pula.

Berdindingkan kristal

Laluan disediakan dan lampu juga dipasang pada masa lawatan.

Kayu yang tergantung adalah kayu yang digunakan untuk pelombong turun dari puncak bukit ke dalam gua yang banyak bijih dan kristal.

Bawahnya  yang rata. Kami dari laluan belakang yang gelap gelita.


Terdapat lubang-lubang yang dalam dan merbahaya dan memerlukan pengawasan keselamatan yang tinggi semasa lawatan.

Guanya tinggi hingga sukar melihat bumbungnya. Sunyi, sepi, sejuk, gelap, masuk sendiri baru tahu. Cukuplah sekali masuk.

Tuesday, April 10, 2012

Johor Premium Outlet

Johor Premium Outlet terletak tepi lebuhraya Senai Johor Bahru. Setiap kedai menjual satu jenama barang sahaja. Barangan berjenama sahaja yang dijual di sini. Semuanya original. Nak baju, handbag, minyak wangi semua ada. Harga boleh tahan juga tetapi kebanyakannya ada diskaun. Ramai orang berbelanja terutama Singaporean. Siap ada bas khas lagi dari Johor Bahru.

Landscape JPO ini cantik siap ada tempat mainan kanak-kanak dan parkir berbayar yang luas. Design kedai yang moden dan beberapa konsep jualan yang baru.

Kerja yang tidak siap!

Sebuah bangunan yang kerjanya tidak siap. Alasan kalau ditanya tentulah banyak. Kos asal sudah tentulah bertambah. Kalau asal 4juta kini entah-entah 7juta. Berapa ramai yang tidak dapat guna. Yang menunggu nak bekerja dahpun pencen, yang belajar dahpun tamat.

Kerja yang tidak siap, di depan mata. Malulah siapa yang tidak berusaha membiarkan ia tidak sampai cita-cita.

Wednesday, April 04, 2012

Baby Boomer Librarian

Baby Boomer librarian at world museum. Born between 1946 to 1964. Ini manusia yang belajar komputer dari kertas tebuk buat programming hingga ke touch screen.  Cuba dapatkan frame menarik ini di PhotoFunia.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads