Tuesday, April 16, 2013

Sebelum Senja

  
Wacana Kepimpinan Isu Semasa: Sebelum Senja Berlabuh berlangsung secara live dari Shah Alam.


tiada catatan

Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Perlis

Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Perlis diadakan setiap bulan dan kali ini anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.  Pelancaran Menu Sihat Semasa Mesyuarat turut dilancarkan pada majlis kali ini. Tayangan slide tentang antibiotik menarik perhatian saya dan kenapa ianya tidak lagi diberikan kepada pesakit membuka minda saya tentang penyakit dan kesihatan. . Tahniah kepada Ketua Pengarahnya yang berjaya menjaga kesihatan penduduk Perlis hingga ketahap ini. Kalau tengok portal Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, saya suka iklan atau promosi yang dibuat oleh mereka.

Nyanyian koir mereka pada pagi itupun sedap didengar.

Wednesday, April 10, 2013

Lama Sangat Tunggu

Awat? lama sangat tunggu ka sampai tumbang pagar zink ini! Waktu tengahari angin agak kuat seperti nak hujan. Tiba-tiba dengan bunyi kuat. Bila sampai dah jadi begini. Simpati dengan staf yang letak kereta dekat pagar zink ini. Lama sangat bangunan tidak siap. Pagar dah dua tiga kali tumbang. 

ku tunggu dan ku nanti sampai bila nak menjadi!


Tuesday, April 09, 2013

Selamat bertugas di tempat baru


Salam perpisahan dari En. Mohd Aizat Abd Halim yang berpindah ke UiTM Kuala Pilah Negeri Sembilan.

tentu seronok dapat bersama isteri tercinta

Tuesday, April 02, 2013

Pameran Solo Ekspedisi Menawan Everest

Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan
Perpustakaan kini telah berusaha untuk meningkatkan penggunaan Galeri sedia ada dengan menganjurkan  pameran dari pelbagai unit di dalam kampus. Sebagai permulaan kami telah menjemput En.Muhamad Fauzan Hassan salah seorang pensyarah dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi untuk membuat pameran solo. Ianya adalah tentang pendakian beliau dan dan beberapa lagi pendaki menawan kemuncak Everest. Pameran dalam bentuk gambar dan video ini telah bermula dari 2 April 2013 dan akan berakhir pada 30 April 2013.

kagum dengan bilangan latihan yang beliau lalui sebelum mencapai kejayaan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads