Wednesday, December 31, 2014

Berbuka Puasa di Masjid Nabawi





 Setiap hari Isnin dan khamis akan ada waktu berbuka puasa di Masjid Nabawi ini. Sudah menjadi kelaziman dimana persediaan berbuka puasa dengan menghampar plastik sebagai hamparan untuk meletak makanan. kurma, roti dan air zam-zam dan juga air panas herba menjadi menu yang biasa disediakan.


Jika kita tidak berpuasapun boleh juga makan bersama mereka yang berpuasa tetapi bersabarlah, tunggu masuk azan maghrib dahulu baru makan bagi menghormati mereka yang berpuasa.Setelah selesai berbuka, plastik tadi menjadi plastik sampah dimana bahan yang dibuang akan dilipat dengan cermat dan dimasukkan ke dalam karung plastik untuk dibuang. Ianya bukan amalan di masjid ini saja tetapi juga di rumah orang Arab apabila mereka menjemput tetamu datang untuk makan beramai-ramai.


Tuesday, December 30, 2014

Masjid Nabawi - Silhouette

Gambar ini diambil semasa saya berjalan keluar dari dalam Masjid Nabawi. Di luar sana sebelah tembok adalah Perkuburan Baqi'. Gambar ini menjadi silhouette kerana cahaya dari luar yang terang. Refleksi bayang pada lantai menghidupkan cerita pada foto ini. MasyaAllah.







Monday, December 29, 2014

Mengaji Al-Quran di Masjid Nabawi

Di Masjid Nabawi lepas solat fardhu akan ada ustaz-ustaz mengajar mengaji Al-Quran samada untuk kanak-kanak atau untuk mereka yang memang menghafal Al-Quran. Ada juga guru agama yang mengajar khas untuk warga bukan Arab. Mereka akan memanggil jemaah yang bukan Arab untuk duduk dan meminta kita membaca Al-Quran sambil itu jika ada kesilapan bacaan mereka akan memperbetulkan. Kebanyakan kesilapan jemaah bukan Arab adalah berkaitan bunyi sebutan. Maklumlah lidah India, Afghanistan, Pakistan, Melayu dan China mana hendak sama dengan lidah Arab.
 Belajarlah mengaji Al-Quran walaupun sudah tua, kerana darinya akan hidup sebuah rumah tangga yang dibina, akan cerah kubur yang gelap, akan tenang jiwa yang resah. Keluarga yang hilang Al-Quran dari rumahnya, iaitu keluarga yang tidak mengaji Al-Quran akan:
1. Hambar dan kosong kehidupan keluarga tersebut.
2. Hilang petunjuk Allah dalam keluarga tersebut.
3. Hilang reda Allah.
4. Hilang keberkatan.
5. Hlang surga.
(sumber ceramah dari radio IKIM)

Saturday, December 27, 2014

Mekah - Jualan sepanjang jalan


Perniagaan di Mekah seperti bandar-bandar besar lain, ada kedai-kedai yang besar dan ada juga kedai kecil serta ada juga jualan di tepi-tepi jalan. Kalau di tepi-tepi jalan ini ada yang ada permit dan ada yang tidak ada. Jadi kalau penguatkuasa datang, peniaga yang tiada permit akan bertempiaran lari. Bagi kita yang mampu beli barang yang mahal-mahal boleh saja membelinya di kedai-kedai yang banyak di sini. Jika hendak yang murahpun boleh, kebanyakan di tepi-tepi jalan. Komunikasi mereka dalam pelbagai bahasa yang mudah untuk kita fahami. Bahasa Melayu, Urdu, Inggeris semuanya serba sedikit, penjual ini boleh bertutur. Kalau susah sangat guna saja bahasa isyarat.




Friday, December 26, 2014

Charity Gift




Di Mekah, orang berebut-rebut untuk membuat kebajikan. Ini termasuklah memberi derma makanan kepada jemaah haji. Bukan sahaja jemaah haji yang menderma sesama mereka tetapi juga pemerintah Kerajaan Arab Saudi turut terlibat dengan pemberian ini. Mereka datang dengan lori kontena yang membawa pak makanan seperti roti, buah kurma, air zam-zam dan juga kek untuk diedarkan kepada jemaah haji. Ada juga orang kaya di sini yang datang dengan van dan kereta membuat kerja-kerja amal ini. Kita tahu bukan semua jemaah yang datang mengerjakan haji ini senang. Ada yang susah. Derma begini sedikit sebanyak membantu mereka. Alhamdulillah jemaah Malaysia kebanyakannya tidak turut serta dalam barisan yang panjang ini.





Jemaah Malaysia sangat pemurah di Mekah ini. Bila sesuatu masalah kewangan yang melibatkan jemaah Malaysia, makluman dibuat dan kutipan akan dilakukan di surau dan sekelip mata beribu-ribu rial dapat dikumpul untuk membantu sesama kita. Alhamdullilah. Allah terangkan hati kita semua.

Thursday, December 25, 2014

Merpati Mekah




Merpati di kota Mekah menjadi bahan fotografi saya kali ini. Menarik kerana ianya banyak dan kita boleh tunggu untuk mendapatkan shot yang menarik. Merpati ini diberi makan oleh sesiapa saja yang ingin bersedekah. Satu bungkusan makanan dijual dengan harga lima rial. Bayangkan berapa banyak pahala yang dapat jika beratus-ratus burung menerima sedekah haji-haji sekelian.

Wednesday, December 24, 2014

Sikembar bermain.

Gelihati melihat gelagat sikembar ini bermain bersama di hadapan kedai di Kota Mekah ini. Dengan muka yang comel dan tidak kisah dengan orang ramai yang lalu lalang, leka dengan dunia keseronokan mereka. Saya tumpang sama, tersenyum kerana jarang-jarang dapat melihat gelagat anak-anak yang menghiburkan hati di sini.




Tuesday, December 23, 2014

Kucing di Masjid Nabawi


Kucing hitam ini menghampiri saya dan memberi sentuhan manja. Aura kucing adalah dia mengetahui siapa yang suka padanya. Kucing ini penghuni Masjid Nabawi. Manja tetapi garang.
Teringat kucing-kucing di rumah.

Monday, December 22, 2014

Hotel sekitar Masjid Nabawi.

Madinah adalah antara dua kota haram selain Mekah. Kota suci ini menyimpan khazanah cerita sejarah Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W.  Apabila kita sampai di sini, rasailah sendiri tempat yang nabi kita telah terlebih dahulu tinggal di sini. Pembaca jika anda akan ke sini, belajarlah tentang sejarah nabi supaya penghayatan ziarah akan lebih bermakna. Beribadahlah dengan ikhlas, semoga ganjaran yang banyak akan dapat dinikmati akhirnya nanti. InsyaAllah.
Saya melihat ke arah hotel dan dibelakang saya adalah perkarangan Masjid Nabawi.
 
  
 Di dalam bangunan-bangunan ini terdapat pasaraya-pasaraya yang besar.
Jangan tidak percaya ya, di  sini terdapat KFC dan juga Starbucks. 


Monday, December 08, 2014

Hari Mesra Perpustakaan UiTM Perlis

Hari Mesra Perpustakaan telah djalankan pada 8 dan 9 Disember 2014. Bertemakan Adat Perkahwinan Melayu. Hari mesra kali ini dibuat dengan kerjasama Unit Kebudayaan UiTM Perlis. Ianya dirasmikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar. Pengisian Hari Mesra ini termasuklah beberapa permainan  seperti Pertandingan "Running Man", Pertandingan menyusun buku, Permainan Catur, Carom, Dam dan lain-lain lagi bagi memeriahkan program ini
 



Hadiah juga diberi kepada peminjam-peminjam buku terbanyak dan juga kepada pelajar istimewa yang selalu datang ke perpustakaan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads