Charity Gift




Di Mekah, orang berebut-rebut untuk membuat kebajikan. Ini termasuklah memberi derma makanan kepada jemaah haji. Bukan sahaja jemaah haji yang menderma sesama mereka tetapi juga pemerintah Kerajaan Arab Saudi turut terlibat dengan pemberian ini. Mereka datang dengan lori kontena yang membawa pak makanan seperti roti, buah kurma, air zam-zam dan juga kek untuk diedarkan kepada jemaah haji. Ada juga orang kaya di sini yang datang dengan van dan kereta membuat kerja-kerja amal ini. Kita tahu bukan semua jemaah yang datang mengerjakan haji ini senang. Ada yang susah. Derma begini sedikit sebanyak membantu mereka. Alhamdulillah jemaah Malaysia kebanyakannya tidak turut serta dalam barisan yang panjang ini.





Jemaah Malaysia sangat pemurah di Mekah ini. Bila sesuatu masalah kewangan yang melibatkan jemaah Malaysia, makluman dibuat dan kutipan akan dilakukan di surau dan sekelip mata beribu-ribu rial dapat dikumpul untuk membantu sesama kita. Alhamdullilah. Allah terangkan hati kita semua.

Comments

Popular Posts