Hikmah

Bukan sahaja membaca tetapi mendapat hikmah dari pembacaan itu yang lebih dikehendaki oleh pembaca. Sebab itu ada orang yang berkata bahawa jika hendak mengetahui hal orang lain kita baca berita, tetapi untuk mengetahui hal diri sendiri kena pergi mendengar majlis ilmu. Membaca dan mendapat manfaat dariNya hanya dengan membaca Al-Quran. Bila memahami maknanya apa yang dibaca lagi bertambah baiklah pembacaan tadi. Mengamalkan apa yang dibaca pula bertambah kuatlah ilmu yang dipelajari.

Hikmah adalah anugerah Allah kepada hambaNya yang terpilih yang memikir dan berakal. Mereka yang mendapat hikmah sudah tentu mendapat banyak anugerah dari Allah.




Comments

Popular Posts