Wednesday, May 23, 2012

Mana kiri dan mana kanan kereta?

Disebabkan masalah menentukan kiri dan kanan kereta maka kerja 2 jam kena buat semula menjadikan 4 jam. Begitulah bila borang digunakan tanpa rujuk kepada pengguna. Jadi anda dah tahu sekarang mana kiri dan kanan kereta?

Monday, May 21, 2012

Projek ikat buku untuk pindah

Perpustakaan akan tukar tile dan karpet dalam bulan depan. Jadi kerja pindah buku dan rak merupakan sebahagian dari hal-hal yang berkaitan projek ini. Bayangkan hawa dingin rosak dan harapkan kipas angin sahaja. Kerja dalam keadaan begini sekejap sahaja sudah bermandi peluh. Gotong royong meringankan kerja. Kerja yang susah menjadi mudah.

Sunday, May 20, 2012

Tazkirah

Mereka yang lama bersama UiTM berkongsi pengalaman dengan staf perpustakaan. Menguruskan masa berdasarkan pengalaman hidup lebih mudah dirasai oleh peserta. Bermula dari bangun di waktu pagi hinggalah kembali tidur di waktu malam bagaimana kita menuhi tuntutan dan keperluan.

Naib Canselor bersama Jelajah Mengubah Destini Anak Bangsa

Jelajah Mengubah Destini Anak Bangsa sampai di Perlis pada hari jumaat 18 Mei 2012. Bertempat di Sek. Men. Keb. Putra ibu bapa dan pelajar yang mendapat tawaran masuk MDAB menerima surat tawaran dari menteri besar sendiri. Sementara itu NC melayan pelajar yang membuat rayuan untuk masuk ke UiTM selepas majlis tersebut.

Menteri Mentor bersama pelajar UiTM Perlis

Menteri Pertahanan merangkap menteri mentor UiTM membuat perjumpaan dengan pelajar pada 19 Mei 2012.

Thursday, May 17, 2012

Eco Design Space U8

Terletak berhampiran TTDI Jaya dan TUDM Subang terdapat mall baru iaitu Space U8. Space U8 Eco Mall itulah yang tertulis dalam poster terdapat dalam mall ini. Suhu 24 darjah yang dihasilkan dari kipas besar dan juga air pancut yang tinggi. Sementara ruang ventilation mengalirkan udara luar masuk dan keluar secara semulajadi. Airterjun dari atas tingkat 3 melalui dinding kaca pula menambahkan lagi dinginnya ruang yang luas ini. Inilah rekaan terbaru yang menggunakan kurang tenaga elektrik untuk menyejukkan udara dalam mall.

Tapak bangunan ini ditanam dengan tayar lama bercampur konkrit. Tujuannya untuk penyejukan bangunan. Penggunaan cahaya semula jadi melalui cermin yang tidak menyerap haba hasil pancaran matahari dari bumbung dan juga air hujan dialirkan ke dalam tangki khas untuk tujuan penyiraman  tanaman di sekeliling bangunan yang luas ini, semua ini betul-betul eco.

Untuk ruang yang besar perlu skala besar, lebar dan tinggi bagi rekaan dalam menampung kapasiti udara yang banyak. Bayangkan berapa banyak tenaga elektrik yang diperlukan jika menggunakan penghawa dingin dan cahaya lampu untuk ruang luas ini di waktu siang mahupun di waktu malam..

Apa kaitannya dengan blog library? Emm sudah hampir 6 bulan library tiada penghawa dingin disebabkan kerosakan major. Tunggu tukar baru. Masa depan rekaan library perlu eco jugalah. Kalau tak banyak sedikitpun pun tidak mengapa.

Istiadat Konvokesyen UiTM Ke 76

Istiadat Konvokesyen UiTM ke 76 di UiTM Perlis pada 15 dan 16 Mei 2012 telah berjalan dengan lancar. Berkat kerjasama semua pihak ianya selesai dengan baik dan elok sekali. Ramai graduan yang hadir untuk menerima ijazah dan diploma masing-masing.

YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad Pro Canselor UiTM menganugerahkan diploma dan ijazah kepada graduan pada kali ini.

Sidang pertama dan ke tiga bermula pada jam 10:00 pagi sementara sidang ke dua jam 3:00 petang. Ramai ibu bapa yang dapat melihat anak-anak mereka menerima ijazah dan diploma masing-masing samada dengan berada di dalam atau di luar dewan. Pihak UiTM menyediakan khemah yang dilengkapi dengan 4 buah tv untuk siaran langsung dari dalam dewan.

Dewan dihias indah, biarpun dewannya kecil tetapi persiapannya rapi, penyusanan kerusi meja, pencahayaan, siaraya, video dan multimedia, persembahan gamelan, perarakan, makanan, keselamatan, fotografi, gerai, kebersihan, protokol, penyediaan graduan dan sambutan tetamu adalah cemerlang.

Seramai 30 orang graduan mendapat Anugerah Naib Canselor. Mereka ini diberi penghormatan untuk diambil gambar bersama dengan Pro Canselor dan pengurusan utama UiTM Perlis selepas sahaja istiadat selesai. Semuanya cerita gembira buat graduan dan ibu bapa untuk hari ini.

Terima kasih semua. Jumpa lagi di Konvokesyen UiTM ke 77.

Saturday, May 12, 2012

Jom berbasikal

Riadah di waktu petang mengelilingi sawah dan menyusuri tepi bukit. Jarak antara saya dengan sempadan lebih kurang 1km sahaja dan paling hampir sekitar 450m. Jom keliling kampung dengan basikal anda.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads