Sunday, April 23, 2006

"Libraries for the future : Towards World Class Academic Libraries (LibFe 2006)"

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA planned to organize a conference on 25 and 26th of April 2006.This conference would be held in conjunction with the 50th anniversary celebration of UiTM in 2006 with the theme "Libraries for the future : Towards World Class Academic Libraries (LibFe 2006)"

P U R P O S E
The main goal of this conference is to provide a meeting point for both academic librarians and presenters to find ideas, experience, to understand and to make changes or upgrade all aspects of management and services for the academic library.

Ulasan
Saya ada salah seorang AJK dalam Persidangan ini. Banyak yang boleh dipelajari apabila kita mengambil bahagian dalam acara sebegini. Menguruskan sesuatu persidangan memerlukan perancangan yang kemas. Kita akan hadapi masalah kecil dan besar, menyelesaikannya dengan cara perbincangan dan permaufakatan. Tiada marah-marah, tiada tengking-tengking, setiap orang menjalankan tugas, membuat laporan dan dipantau keputusannya. Jika lewat dicepatkan, jika silap dibetulkan. Ada yang tidak mampu, digantikan. Keputusan diberi, benar. Tiada helah atau menuding jari. Yang kurang kita tambah. Kita senyum walaupun penat. Kita senyum walaupun silap, tapi kita cepat-cepat betulkan. Tiada siapa yang perlu dijadikan kambing hitam.

Inilah dia hasil 'Team Building' yang masih dalam perancangan untuk latihan. Tapi staf kami telah buktikan 'team building' sudah terpahat dihati kami semua.

Monday, April 03, 2006

Sarjana Vs Hiburan

Dalam bicara bersama tokoh yang di anjurkan oleh Fakulti Pengajian Maklumat, UiTM baru-baru ini satu soalan yang di ajukan ialah bagaimana dunia hiburan begitu mendapat tempat di hati rakyat sehinggakan begitu banyak anugerah yang diberikan kepada satu lagu. Lagu yang sama dipertandingkan dalam anugerah yang berlainan berdasarkan krateria yang sedikit berbeza. Begitu ambil beratnya manusia terhadap seni hiburan. Walau bagaimanapun bagi para sarjana yang menghasilkan idea membangunkan negara tidak pula mendapat tempat dihati rakyat. Bagaimana perkara ini boleh terjadi?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads