Monday, December 23, 2013

Apa anai-anai boleh buat?

Apakah kekuatan anai-anai? Menumbangkan sepohon pokok pine! Dan memusnahkan makmal! Hebat!. Yang kecil bila banyak dan matlamatnya hanya satu, makan, makan dan makan akhirnya dia kenyang dan kita pula yang penat.








Wednesday, December 04, 2013

Mengenang banjir di Kuantan 2013


Pengalaman mengharungi banjir di Kuantan oleh anakanda yang belajar di sana. Menjadi suatu pengalaman yang sukar unuk dilupakan. Berpindah dari suatu pusat banjir ke pusat banjir yang lain kerana pusat banjir yang pertama turut dinaiki air yang menyebabkan bantuan sukar diperolehi. Masa banjir begini ada orang yang baik hati menghulurkan bantuan dan membantu mereka yang memerlukan. Terima kasih semua. Saya hargai sumbangan semua.



 
 
 
 
 


 

 
 
 
 
 
 
 
 
  
  


Friday, November 15, 2013

Istiadat Konvokesyen UiTM ke 79 - UiTM Perlis



UiTM Perlis mencipta sejarah tersendiri apabila dapat melaksanakan 8 sidang di Istiadat Konvokesyen UiTM ke 79 dalam tiga hari sahaja iaitu pada 12, 13 dan 14 November 2013. Ianya dapat dilakukan dengan mengadakan dua sidang di sebelah pagi dan satu sidang di sebelah petang. Seramai 2110 graduan menerima ijaazah dan diploma masing-masing dalam 8 sidang kali ini.



Bermula seawal 7:00 pagi para graduan dan ibubapa telah mula masuk ke kampus. 7:30 pagi ibubapa mula masuk ke dewan. 8:10 pagi graduan pula masuk ke dewan. Perarakan Besar, Perarakan Utama dan Perarakan Naib Canselor bermula bersambungan dari jam 8:30 pagi. Istiadat selesai sekitar jam 10:00 pagi. Hari pertama sidang ke dua bermula jam 10:40 pagi dengan perarakan graduan. Perarakan akademik pada jam 11:00 pagi. Tetapi hari kedua perarakan pada sidang ke lima Naib Canselor mohon untuk masuk ke dewan jam 10:30 pagi dimana sidang baru sahaja selesai kira-kira jam 10.5 minit pagi. Kami para petugas ada 25 minit untuk siap dewan dan masukkan ibu bapa dan graduan. wow memang mencabar. Masa yang begitu singkat begini memang menampakan kerjasama begitu tinggi bagi para petugas di UiTM Perlis. Kami dapat juga menunaikan permintaan Naib Canselor dengan kelewatan 10 minit dari permintaan beliau. Maklumlah untuk masukkan lebih kurang 500 tetamu serta ibu bapa dan 266 graduan ke dalam dewan dalam masa 20 minit memang mencabar. Sidang kedua sebelah pagi selesai sekitar jam 12:00 tengahari. Di sebelah petang sidang bermula jam 2:30 petang dan tamat sekitar jam 4:00 petang.


Ucapan Naib Canselor pada sidang ke 8 menyentuh perasaan graduan dan tetamu apabila ramai graduan dan ibubapa mengalirkan air mata. Ada ibu bapa yang memberi pandangan kepada saya bahawa konvokesyen ini sangat elok dan istiadatnya sangat kemas dan cantik walaupun dibuat dalam dewan yang kecil. Ada seorang ibu yang memaklumkan bahawa beliau menghadiri dua sidang sebelah pagi kerana dua orang anaknya menerima iajazah dan diploma masing-masing pada hari yang sama. Nampak jelas wajahnya yang begitu ceria pada pagi tersebut. Ada juga seorang bapa yang memberitahu saya bahawa beliau memandu pada jam 4 pagi dari Shah Alam untuk hadir meraikan anaknya pada sidang kedua di sebelah pagi. Semuanya demi anak-anak yang dicintai.





Konvokesyen kali ini sudah melahirkan graduan yang masuk melalui tiket MDAB. Seramai 159 graduan hasil dari MDAB ini berjaya mendapat diploma mereka pada kali ini dan untuk pertama kalinya lagu baru UiTM diperdengarkan kepada graduan dan tetamu pada konvokesyen kali ini dengan tajuk  Destini Anak Bangsa. (sila klik untuk mendengarkannya).



  








Foto ehsan dari Pn Rohaizah, Pn Hanisah, En. Mohd Ismail, En. Mohd Izwan, En. Mohd Mohsim, En. Abdul Hakim dan RTM



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads