Wednesday, July 31, 2013

UiTM perihatin

Setiap kali tibanya Ramadhan, staf UiTM Perlis akan bersama-sama mengumpul dana dan membeli keperluan harian yang boleh diberikan kepada fakir miskin di sekitar Perlis. Sebanyak 60 keluarga dan individu yang telah dikenalpasti. Semoga amal jariah staf dapat meringan dan mengembirakan keluarga ini.

   
 




Bubur Lambuk UiTM Perlis

ACIS UiTM Perlis dengan kerjasama semua staf telah berjaya mengadakan gotong royong membuat dan mengedarkan bubur lambuk kepada staf dan pelajarnya sempena Bulan Ramadhan tahun 1434H ini. Kerjasama staf dalam membuat dan membungkus bubur ini telah berjaya menghasilkan lebih dari 1,000 bungkus yang telah diedarkan pada petang 20 Ramadhan.




Friday, July 26, 2013

Free E-Journals and Subscribed E-Journals

Kalau pengguna Perpustakaan UiTM mencari e-journals maka bolehlah akses di http://online.ptar.uitm.edu.my/databases/ untuk mendapatkan sebahagian dari e-journal. Ianya telah dikumpulkan mengikut kategori jurnal percuma dan jurnal yang dilanggan. Selain yang kita biasa tahu kebanyakannya terdapat dalam Pangkalan Data.

Berdasar kepada gambar di bawah  Subscribed e-Journals adalah tajuk-tajuk jurnal yang dimohon oleh pensyarah. Sila akses jurnal kegemaran anda dan cadangkan juga kepada kawan-kawan anda.





Selamat berpuasa. Salam Nurul Al-Quran (17 Ramadhan 1434)

Friday, July 19, 2013

Bila Durian Gugur di Bulan Ramadhan



Musim durian belum habis bila umat Islam mula berpuasa. Bila durian gugur di bulan ini kesannya sangat besar kepada peniaga dan pekebun. Harga durian jatuh dengan begitu ketara. Tiada lagi harga rendah sekilo RM3 . Di Pasar Ramadhan sudah ada peniaga yang menjual dengan harga RM1 sebiji.

Rupanya aktiviti kita yang melibat kelompok yang ramai boleh mengubah harga barangan.


Banyak bersedekah dari membazir di bawah pokok

Koleksi Buku Peribadi


Jika anda melihat disebelah blog saya dimana terdapat banyak link anda akan dapat melihat BACALAH Koleksi Buku Saya. Ini adalah buku-buku yang saya beli atau dihadiahkan yang terdapat dalam koleksi peribadi saya. Saya bangunkan koleksi ini menggunakan LibraryThing. sila layari www.librarything.com untuk mendapatkan program percuma ini dan bangunkanlah koleksi peribadi anda sendiri. Selamat mencuba.

Terima kasih En.Ahmad Faizar PTAR kerana berkongsi ilmu.



Thursday, July 18, 2013

Sumbangan Zakat dari BIMB kepada UiTM Perlis

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah membuat sumbangan zakat kepada UiTM Perlis yang kemudiannya akan diagih-agihkan kepada asnaf-asnaf yang layak di UiTM ini. Sumbangan sebanyak RM20,000.00 ini disampaikan oleh Y.Bhg Dato' Wan Ismail  Wan Yusoh, General Manager Strategic Relations Bank Islam Berhad Kuala Lumpur kepada Prof Dato' Dr. Ahmad Redzuan Hj Abd Rahman Rektor UiTM Perlis. Turut hadir adalah Pengurus BIMB Kangar dan disaksikan oleh Pihak Pengurusan Kanan UiTM Perlis.

Terima kasih BIMB
Sumber dari: Pn Hanisah Hassan, Pejabat Rektor UiTM Perlis

Friday, July 12, 2013

Lawatan anak-anak yatim ke perpustakaan


Pada petang ini perpustakaan menerima kunjungan dari anak-anak yatim dari sekitar Arau. Selain anak-anak yatim rombongan ini juga terdiri dari ibu-ibu yang menerima sumbangan dari DYTM Tuanku Raja Muda Perlis di Masjid Negeri Arau selepas solat jumaat. Idea lawatan ke sini dicetuskan oleh DYTM Raja Muda sendiri. Seramai 30 orang anak-anak yatim ini diberi penerangan tentang perpustakaan secara ringkas. Turut sama dalam rombongan ini adalah Tuan Imam Masjid Negeri.

jika ada beri, jika tiada beri juga,..sekadar senyuman.

Monday, July 08, 2013

Majlis Meraikan Juara UiTM Perlis

Tahun 2013 baru dipertengahan tetapi beberapa pencapaian penting dalam sukan telah menyerlahkan pembabitan pelajar dan staf UiTM Perlis di peringkat negeri dan negara. Bagi meraikan pencapaian dan meransangkan komitmen yang tinggi bagi pelajar dan staf dalam bidang sukan ini suatu Majlis Meraikan Juara UiTM Perlis telah diadakan.

Tahun ini pasukan Bolasepak UiTM Perlis telah berjaya menjadi Juara Division Satu Liga IPT. Kemenangan ini membolehkan pasukan menerima ganjaran RM30,000.00.




Sementara itu pasukan boling turut memenangi beberapa kejohanan seperti tempat pertama dan ke tiga di Kejohanan Boling Juruukur Di Raja Malaysia (RSIM). Tempat ke tiga dan ke empat di Kejohanan Boling Tertutup Alumni UiTM. Sementara di Kejohanan Tenpin Boling 4 penjuru Piala Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang pasukan wanita menjadi johan sementara pasukan lelaki mendapat naib johan. Piala Naib Canselor pula mereka mendapat tempat ke tiga, naib johan VIP, tempat ke empat (master lelaki), dan tempat ke tiga (wanita). Sementara di Kejohanan Boling Bank Rakyat Perlis pasukan boling ini menjadi Naib Johan.


Pasukan Petanque pula ahli sukan kita menyertai kejohanan di dalam dan di luar negara termasuk Sukan SEA yang lepas dan akan datang. Pasukan tenis dan boling padang juga turut mendapat beberapa kejayaan yang mereka sertai.



Pasukan perahu layar pula UiTM Perlis mempunyai pelajar yang mewakili negara dalam peringkat Olimpik dan kumpulan ahli sukan ini sentiasa menyertai kejohanan dalam dan luar negara.

baruku tahu ada mutiara di sini, baru kutahu ada intan di sini, baruku tahu!
Sumber dari: En Mohd. Ismail Abdul Rahim, Koordinator Korporat UiTM Perlis.


Sunday, July 07, 2013

Perdana Menteri dan Perpustakaan

Dari tweeter Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 5 Julai 2013. " Perpustakaan perlu diberi nafas baru untuk terus memperkasa budaya membaca". 

Di dalam keratan akhbar Mingguan Malaysia 6 Julai 2013 ianya dikatakan merujuk kepada laporan  Bernama yang memetik kata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) iaitu "Remajakan Perpustakaan Agar Kekal Relevan Kepada Masyarakat".

Soalannya apakah pengisian yang hendak diertikan sebagai "nafas baru" tersebut?

Apabila PM ambil berat, rakyat akan ambil berat.
Keratan akhbar ehsan Utusan Malaysia 6 Julai 2013.

Lawatan Penandarasan dari Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM.


Ahad. Seramai 40 staf perpustakaan Tun Sri Lanang UKM Bangi mengadakan lawatan penandaarasan di Perpustakaan UiTM Perlis pada hari Ahad 7 Julai 2013. Taklimat dan penerangan telah dibuat oleh Ketua Perpustakaan pada sesi pengenalan dan dibantu oleh pustakawan dan staf sokongan semasa lawatan ke sekitar perpustakaan.  Banyak perkara berkaitan pentadbiran yang dibincangkan semasa pertemuan ini.



  
 
Yang datang dirai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads