Monday, July 08, 2013

Majlis Meraikan Juara UiTM Perlis

Tahun 2013 baru dipertengahan tetapi beberapa pencapaian penting dalam sukan telah menyerlahkan pembabitan pelajar dan staf UiTM Perlis di peringkat negeri dan negara. Bagi meraikan pencapaian dan meransangkan komitmen yang tinggi bagi pelajar dan staf dalam bidang sukan ini suatu Majlis Meraikan Juara UiTM Perlis telah diadakan.

Tahun ini pasukan Bolasepak UiTM Perlis telah berjaya menjadi Juara Division Satu Liga IPT. Kemenangan ini membolehkan pasukan menerima ganjaran RM30,000.00.




Sementara itu pasukan boling turut memenangi beberapa kejohanan seperti tempat pertama dan ke tiga di Kejohanan Boling Juruukur Di Raja Malaysia (RSIM). Tempat ke tiga dan ke empat di Kejohanan Boling Tertutup Alumni UiTM. Sementara di Kejohanan Tenpin Boling 4 penjuru Piala Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang pasukan wanita menjadi johan sementara pasukan lelaki mendapat naib johan. Piala Naib Canselor pula mereka mendapat tempat ke tiga, naib johan VIP, tempat ke empat (master lelaki), dan tempat ke tiga (wanita). Sementara di Kejohanan Boling Bank Rakyat Perlis pasukan boling ini menjadi Naib Johan.


Pasukan Petanque pula ahli sukan kita menyertai kejohanan di dalam dan di luar negara termasuk Sukan SEA yang lepas dan akan datang. Pasukan tenis dan boling padang juga turut mendapat beberapa kejayaan yang mereka sertai.



Pasukan perahu layar pula UiTM Perlis mempunyai pelajar yang mewakili negara dalam peringkat Olimpik dan kumpulan ahli sukan ini sentiasa menyertai kejohanan dalam dan luar negara.

baruku tahu ada mutiara di sini, baru kutahu ada intan di sini, baruku tahu!
Sumber dari: En Mohd. Ismail Abdul Rahim, Koordinator Korporat UiTM Perlis.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads