Thursday, May 25, 2006

Kursus Pemantapan Pembantu Penerbitan




Kursus Pemantapan Pembantu Penerbitan diadakan pada 22 - 23 Mei 2006 di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam. Seramai 25 peserta dari Kampus Cawangan dan Shah Alam hadir mengikuti ceramah dan lawatan sambil belajar di Unit Percetakan UiTM. Peserta diberi ujian kefahaman dan ulasan oleh penceramah. Kaedah ini sangat berkesan dan menghasilkan keputusan yang sangat baik dari peserta kursus. Posted by Picasa

Kursus Pengukuhan Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK)









Kursus Pengukuhan Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) yang dijalankan pada 2 hingga 4 Mei 2006 merupakan suatu usaha Pihak Pengurusan Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam untuk menghasilkan kumpulan staf yang memikirkan tentang penambahbaikan berterusan secara inovatif dan kreatif dalam tugas harian mereka. Kursus yang di adakan di Pusat Latihan UiTM Kg Gajah Perak ini menemukan 24 peserta dalam 5 kumpulan KIK membincang dan mempersembahkan projek masing-masing kepada pihak pengurusan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads