Saturday, December 25, 2010

BioMed Central The Open Access Publisher


Sebagai penerbit bagi Sains, Teknologi dan  Perubatan, BioMed buat masa ini menerbitkan 208 peer-reviewed open access journals. Ketahui tentang BioMed dengan klik di sini. Cuba anda layari BioMed Central sekarang dan lihat sendiri artikel-artikel yang mungkin dapat membantu  anda atau fakulti anda.

Sekian. Kiasan Just Read ...takut jarum.

Journal of Exercise Physiology



The Journal of Exercise Physiologyonline, diterbitkan oleh American Society of Exercise Physiologists (ASEP), merupakan satu lagi Open Access Journal yang terawal dalam bidang  "exercise physiology". Ianya merupakan "professional peer reviewed Internet-based journal". Open Access yang saya dapat lihat pada masa ini adalah mulai keluaran 1998 hingga 2009. Jika anda berminat sila layarinya.

Sekian. Kiasan Just Read ...dah kurang exercise.

Thursday, December 23, 2010

Directory of Open Access Journals

Satu perkara yang menarik dalam Seminar Kebangsaan Sumber Elektronik adalah pendedahan kepada Open Access Journal yang kini begitu banyak di dalam Internet. Saya link kan pembaca kepada salah satu darinya iaitu Directory of Open Access Journals atau DOAJ.

Samada ianya betul-betul membantu pembaca atau tidak perlulah anda sendiri yang menerokanya.

Sekian. Kiasan Just Read ...berseminar membuka minda.

Wednesday, December 22, 2010

Seminar Kebangsaan 2010 Sumber Elektronik di Malaysia.

Berkampung di Bayview selama dua hari menghadiri Seminar ini dapatlah saya bertemu dengan 80 peserta dari seluruh Malaysia dalam bidang yang sama. Pembentang dari luar dan juga dalam negara yang dijemput untuk menyampaikan kertas kerja memberi banyak input kepada para peserta. Ianya suatu seminar yang sangat baik dan sekalung tahniah kepada UniMAP, PERPUN dan MOLEC  yang melaksanakannya dengan cemerlang sekali.






 


  

Input yang perlu diberi perhatian ialah:

  1. Perkembangan penggunaan e-books yang meningkat begitu ketara sekali di universiti-universiti luar negara pada masa ini.
  2. Open access untuk bahan-bahan jurnal turut meningkat dengan banyaknya.

Sekian. Kiasan Just Read ...kenalah bergerak dan berfikir mengikut perkembangan masa.

Dinasor

Cuma untuk seronok-seronok saya masukkan entry ini kerana pada masa ini saya masih di Melaka. Zaman Dinasor. Kalau ada anak kecil jangan lupa bawa mereka ke sini. Semuanya percuma. Ianya perpustakaan Alam Dinasor. Saya yang namakannya kerana banyak dinasor yang ada di sini. Tahniah kepada kerajaan Melaka yang pandai menampilkan pelbagai benda yang menarik untuk dilawati.





 Sekian. Kiasan Just Read ... tiada berbumbung ...perpustakaan alam dinasor.

Kampung Buku Malaysia - Melaka

Sambil jalan-jalan dalam hutan Rekreasi Air Keroh Melaka, ternampak saya akan bangunan cantik ini yang merupakan Bangunan Kampung Buku Malaysia, Melaka. Ianya baru sahaja menyambut ulangtahun ke-3. Oleh kerana saya sampai di luar waktu ianya beroperasi maka tidak dapatlah saya hendak masuk ke dalamnya.





 Sekian. Kiasan Just Read ...lain kali sahajalah nampaknya.

Satu Daerah Satu Industri

Dari Kuala Lumpur saya turun ke Melaka. Kesempatan yang ada saya melawat Showcase: Satu Daerah Satu Industri 2010. Pameran dalam Melaka International Trade Centre ini sangat baik kerana ianya luas dan tidak panas. Gerai untuk negeri-negeri yang mengambil bahagian agak luas dan cara persembahan juga boleh dikatakan baik juga. Banyak pengusaha-pengusaha indusri kini telah membuat pembungkusan makanan atau barangan yang nampak lebih cantik dan berkualiti.








Sekian. Kiasan Just Read ...banyak pandangan.

Pameran Kuala Lumpur International Motor Show

Sempena bercuti saya mengambil kesempatan singgah di Pameran Kuala Lumpur International Motor Show 2010 bersama keluarga. Saya ambil banyak juga gambar di pameran ini, tetapi untuk entry ini saya tunjukkan gambar-gambar yang berkaitan dengan cara syarikat berkaitan kereta mempamerkan maklumat dalam pameran ini.

















Sekian. Kiasan Just Read ...banyak berjalan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads