Sumbangan untuk Mangsa Banjir

Kooperasi Kakitangan Universiti Teknologi MARA Berhad telah menyalurkan sumbangan kepada ahli-ahlinya yang terlibat dengan bencana banjir di Perlis baru-baru ini melalui majlis penyerahan sumbangan mangsa banjir bertempat di Universiti Teknologi MARA Kampus Arau pad 6 November 2010. Sumbangan diserahkan oleh Pengarah Kampus UiTM Perlis dan disaksikan oleh Pengerusi Kooperasi Kakitangan UiTM Berhad Tuan Hj Abbas Hj Naim dan lain-lain Anggota Lembaga Kooperasi. Sumbangan sebanyak RM1000.00 dan RM2000.00 diterima oleh ahli mengikut tahap kerugian yang dialami oleh anggota yang terlibat. Sebahagian dari penerima sumbangan ini adalah terdiri dari staf Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan, UiTM Perlis.




Sekian. Kiasan Just Read ...sumbangan meringankan beban.

Comments