WikiLeaks membocorkan maklumat

Membaca pendedahan demi pendedahan yang dikeluarkan oleh WikiLeaks menyebabkan saya berminat melihatnya dengan lebih dekat. Saya menyusur Arkib Berita Harian dan menjumpai 36 tajuk berkaitan WikiLeaks dan tajuk terawal adalah tentang "Pendedahan video serangan helikopter Apache AS di Baghdad" pada 14 April 2010. Ianya berserta dengan videonya sekali.

Melalui Utusan Malaysia saya menjumpai 25 rekod dan entry yang paling awal adalah pada 27 Julai 2010 dengan tajuk "Rekod tentera AS bocor".
WikiLeaks adalah berbeza dengan Wikipedia. WikiLeak merupakan badan antarabangsa yang menerbitkan dokument-dokumen sulit dari sumber yang tidak diketahui dan juga maklumat Internet yang dibocorkan. Maklumat umum ini mudah diperolehi di Wikipedia.

Begitulah dalam abad ke-21 maklumat menjadi suatu yang sangat bernilai dan kadang kala menjadi senjata yang memakan diri jika ianya tidak dapat disimpan dengan baik. Maklumat yang bocor sudah tentu akan merugikan ataupun menyusahkan diri sendiri. Kini maklumat lama yang berada dalam komputer yang sepatutnya menjadi rahsia amat digeruni oleh pemilik-pemiliknya takut-takut ianya dibocorkan. Jika pendedahan yang baik tidak mengapalah, tetapi selalunya pendedahan yang buruk yang menunjukkan kejahatan, kesilapan dan lain-lain yang menjijikan menjadi keutamaan WikiLeaks.


Sekian. Kiasan Just Read ...ketelusan menjadi amalan.




Comments