Tuesday, April 28, 2009

Library of Congress guna medium terkini


Library of Congress telah menggunakan pelbagai medium yang terkini untuk menyebarkan maklumat kepada seluruh masyarakat di dunia. Terkini mereka telah menggunakan You Tube dan juga Flickr.

Melalui Flickr mereka telah bergabung dengan insitusi-institusi lain yang boleh menyumbang gambar-gambar sejarah seluruh dunia. Melalui laman web flickr kita dapat melihat banyak gambar-gambar lama yang disimpan dimerata tempat.

Mereka juga menyimpan video acara-acara yang dijalankan di Library of Congress dalam youtube.

Penggunaan medium yang sedia adalah sangat mudah bukan sahaja untuk perpustakaan tetapi juga untuk para pengguna mereka.

Perpustakaan awam atau akademik juga patut mencontohi LOC ini agar mereka dapat memberi maklumat yang berguna kepada pengguna melalui medum baru ini.

kiasan mencari idea baru

Stres


Stres atau tekanan rupanya tidak mengira dimana kita bekerja. Apa saja yang kita lakukan yang menyebabkan fikiran kita terganggu dan ia meletihkan kita menjadikan kita stres. Stres menyebabkan kita rasa lemah. Stres juga mudah menjadikan kita berfikiran negatif. Ia juga berlaku pada staf perpustakaan. Samada ianya pembantu perpustakaan atau pegawai perpustakaan apabila tekanan kerja atau tindakan pentadbiran yang dirasakan melampau menyebabkan staf stres.

Contohnya 1.
Apabila pembantu perpustakaan terpaksa menyusunkan buku-buku yang bukan dari kumpulannya disebabkan staf dari kumpulan lain tidak datang bekerja atau tidak membuat kerja kerana mempunyai hal lain. Maka melakukan penyusunan inipun telah mendatangkan stres. Staf merasakan mereka terpaksa melakukan kerja lebih dari staf lain. Staf merasakan staf lain curi tulang. Staf merasakan bebanan begini akan datang selalu. Staf baru beranggapan mereka sebenarnya telah dibuli oleh staf lama. Staf merasakan mereka kerja kuat nanti orang lain yang naik pangkat. Staf mula merasakan pegawai tidak adil dalam memberi tugasan kepada mereka.

Contoh 2.
Apabila Ketua menegor staf kerana mengambil cuti terlalu banyak dan tidak membuat perancangan cuti dengan baik. Staf merasa stres kerana surat teguran dibuat salinan hingga kepada pengurusan atasan dan juga salinan dalam fail peribadi. Stres akan datang bila staf memikirkan teguran ini akan menyebabkan kenaikan pangkat mereka akan terjejas. Staf merasakan pengorbanan mereka selama ini tidak diambil kira. Staf merasakan pegawai memilih-milih staf untuk ditegur.


Stres sebenarnya bergantung kepada keupayaan individu untuk menerima tekanan. Selalunya staf yang kuat mentalnya apabila mengalami tekanan mereka ini akan cepat tenang. Walau bagaimanapun bagi mereka yang kurang daya mencari idea, perkataan bernilai positif akan mengalami tekanan negatif yang melampau akibatnya stres datang bertalu-talu sehingga tindakan tidak lagi nampak rational.

Stres tidak mengira samada staf lama ataupun staf baru. Ia bergantung kepada cara pemikiran bertindak samada kepada positif atau negatif. Di perpustakan ianya banyak bergantung kepada bagaimana staf dididik untuk berfikiran positif. Suasana 'team work' yang ada dikalangan staf juga memberi kesan kepada pengurusan stres ini.

Akhir catatan ...kurangkan stres dengan berfikiran positif dan tingkatkan 'teamwork' yang berkesan.

kiasan positif

Thursday, April 23, 2009

Perpustakaan UiTM melepasi Audit Persijilan Semula ISO 9001:2008


Tanggal 17 Mac 2008 Perpustakaan UiTM (PUiTM) telah dianugerahkan Sijil ISO 9001:2008 setelah melepasi audit persijilan semula. Pengistiharan ini dibuat selepas Audit Persijilan Semula ISO 9001:2008 mengadakan audit di Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan di UiTM Perlis. Sebelum ini juruaudit dari Llyods telah membuat audit di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) di Shah Alam, Selangor, dan kemudian ke 3 lagi perpustakaan kampus cawangan iaitu di UiTM Johor, UiTM Pahang, dan UiTM Pulau Pinang sebelum mengakhirinya di UiTM Perlis.

Pengistiharan ini bermakna kesemua 12 Perpustakaan Kampus UiTM menerima Persijilan ISO 9001:2008 ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads