Stres


Stres atau tekanan rupanya tidak mengira dimana kita bekerja. Apa saja yang kita lakukan yang menyebabkan fikiran kita terganggu dan ia meletihkan kita menjadikan kita stres. Stres menyebabkan kita rasa lemah. Stres juga mudah menjadikan kita berfikiran negatif. Ia juga berlaku pada staf perpustakaan. Samada ianya pembantu perpustakaan atau pegawai perpustakaan apabila tekanan kerja atau tindakan pentadbiran yang dirasakan melampau menyebabkan staf stres.

Contohnya 1.
Apabila pembantu perpustakaan terpaksa menyusunkan buku-buku yang bukan dari kumpulannya disebabkan staf dari kumpulan lain tidak datang bekerja atau tidak membuat kerja kerana mempunyai hal lain. Maka melakukan penyusunan inipun telah mendatangkan stres. Staf merasakan mereka terpaksa melakukan kerja lebih dari staf lain. Staf merasakan staf lain curi tulang. Staf merasakan bebanan begini akan datang selalu. Staf baru beranggapan mereka sebenarnya telah dibuli oleh staf lama. Staf merasakan mereka kerja kuat nanti orang lain yang naik pangkat. Staf mula merasakan pegawai tidak adil dalam memberi tugasan kepada mereka.

Contoh 2.
Apabila Ketua menegor staf kerana mengambil cuti terlalu banyak dan tidak membuat perancangan cuti dengan baik. Staf merasa stres kerana surat teguran dibuat salinan hingga kepada pengurusan atasan dan juga salinan dalam fail peribadi. Stres akan datang bila staf memikirkan teguran ini akan menyebabkan kenaikan pangkat mereka akan terjejas. Staf merasakan pengorbanan mereka selama ini tidak diambil kira. Staf merasakan pegawai memilih-milih staf untuk ditegur.


Stres sebenarnya bergantung kepada keupayaan individu untuk menerima tekanan. Selalunya staf yang kuat mentalnya apabila mengalami tekanan mereka ini akan cepat tenang. Walau bagaimanapun bagi mereka yang kurang daya mencari idea, perkataan bernilai positif akan mengalami tekanan negatif yang melampau akibatnya stres datang bertalu-talu sehingga tindakan tidak lagi nampak rational.

Stres tidak mengira samada staf lama ataupun staf baru. Ia bergantung kepada cara pemikiran bertindak samada kepada positif atau negatif. Di perpustakan ianya banyak bergantung kepada bagaimana staf dididik untuk berfikiran positif. Suasana 'team work' yang ada dikalangan staf juga memberi kesan kepada pengurusan stres ini.

Akhir catatan ...kurangkan stres dengan berfikiran positif dan tingkatkan 'teamwork' yang berkesan.

kiasan positif

Comments

Popular Posts