Tuesday, May 27, 2014

SUKMA XVII - Sana sini




Acara bolasepak di Stadium UiTM Perlis




Sajian makanan


Taklimat Bolasepak


Tempat bergambar


Rehearsal Perasmian Pembukaan di Stadium Kangar


Persediaan Majlis Makan Malam



Pakir kenderaan semasa pertandingan bolasepak di UiTM Perlis.



Kolam renang siap, boleh guna dan ada acara renang yang pecah rekod. Hujan dan bumbung terkoyak bukan halangan untuk perenang mendapat emas sambil pecahkan rekod.




Bila DYMM Sultan Perak mangkat, bendera separuh tiang


Majlis makan malam di Dewan Warisan Kangar





Banyak peristiwa berlaku semasa SUKMA ini, para sukarelawan di Perlis yang mendapat peluang bertugas di temasya sukan terbesar di Malaysia ini pasti menjadi suatu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Bayangkan berapa puluh tahun lagi baru Perlis akan dapat menganjurkan sukan ini sekali lagi jika setiap negeri di Malaysia akan menganjurkannya, maka kiralah jika setiap dua tahun penganjuran SUKMA bermakna 26 tahun lagi baru ianya akan kembali ke Perlis! Masa itu kita sudah.... tua, pencen

Monday, May 26, 2014

SUKMA Ke XVII Perlis2014 - Cerita saya pula

Cerita disebalik perasmian Perkampungan Sukan yang saya tidak dapat lupakan ialah.. cerita pembaca ikrar. Pembaca ikrar yang kami ambil dari kontigen suatu negeri ni dah pun buat rehearsal pada hari ahad sehari sebelum hari perasmian. Ok laa masa rehearsal tu. Bila tanya nama dia berlainan pula dari nama yang sepatutnya baca ikrar. Jadi dia bagi tahulah yang dia menggantikan kawan dia kerana kawan dia gemuruh. Bila practice kami betulkanlah intonasi nada suara orang baca ikrar katakan. Oklah cantiklah bagi kami.

Hari perasmian kontigent negeri semua dah turun. Ramai bukan main kawasan yang sempit bertambah sesak. Sukarelawan dah berada di tempat masing-masing memanggil kontegent negeri yang mana berselerak disekitar dataran.

Ok lagi lima belas minit saya tinjau kontigent dimana pembaca ikrar ini sepatutnya ada. Saya tengok muka dia pun tak ada. Biar betul ni. Kalau dia tak ada siapa yang nak ganti dia. huh. Tak boleh jadi kena cari pengganti dengan segera. Bincang dengan AJK lain minta bantu kena cari pengganti juga. Saya terus ke kontigent yang dipilih ini untuk cari pengganti. Semua atlet menolak bila minta tolong, Ada seorang atlet ni yang dibawa ke stage untuk baca kata dia tak boleh baca!! Toing betul masa tuu. Masa dah semakin suntuk. Ada antara kawan-kawan dalam kontigent ini cadangkan atlet perempuan. Tak pernah dibuat orang fikir saya. Tak jadi cuba juga tanya minta dan suruh dan kadang-kadang bunyi macam paksa atlet laa pulak. Maklumlah ini majlis mereka. Akhirnya seorang atlet berbangsa Cina dia kata dia nak cuba. Lega la juga. Jadi saya bawa dia ke stage untuk tengok ikrar untuk dibaca. Masa tinggal 5 minit lagi sebelum Menteri Besar tiba.

Tiba-tiba seorang  pegawai beritahu saya pembaca ikrar sebenar dah dijumpai. Lega rasanya. On time  pula tuu. memang dugaan laa. Dekat mana dia duduk tanya saya.  Dia duduk dekat pejabat kolej. Mak datuk buat apa tunggu kat situ, punya laa jauh. Agak saya dia pun gemuruh juga kut. Nampak gaya terkena juga laa saya pagi tuu.. panik tahap gaban. Bayangkan majlis tu tiada pembaca ikrar. Kalau tiada juga saya cari sukarelawan ja la baca. Dan dia yang dimaksudkan ialah ...sudah tentu staf saya.

SUKMA XVII - Perasmian Perkampungan Sukan di UiTM Perlis






Ucapan Perasmian oleh YAB Menteri Besar Perlis


Gimik Perasmian Perkampungan Sukan SUKMA ke 17 ialah melepaskan 17 ekor burung serindik.


Bacaan Ikrar

Band Majlis Perbandaran Kangar



Sidang akhbar bersama YAB Menteri Besar Perlis

Liputan akhbar bagi Perasmian Perkampungan Sukan





Tempat bergambar


Para Sukarelawan




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads