Konvokesyen Ke 80 UiTM Perlis

"Yang berbahagia Tan Sri Pro Canselor, Bilangan keseluruhan graduan Konvokesyen UiTM Perlis pada kali ini adalah seramai 1214 orang..." Sebanyak 5 sidang dilaksanakan dalam Konvokesyen kali ini. 3 sidang pada hari Khamis (15 Mei 2014) dan dua sidang pada hari Jumaat (16 Mei 2014). Seperti biasa Istiadat berjalan lancar kerana kebanyakan petugas sudah mahir dengan peranan masing-masing. Tahniah kepada para graduan dan ibu bapa serta tidak lupa kepada para ahli akademik dan juga staf pengurusan.


"Setiap hari saya belajar ilmu baru.." Tan Seri Arshad Ayub, di UiTM Perlis, pada umur 85 tahun


Rehearsal Konvokesyen pada hari Rabu (14 Mei 2014) turut dihadiri oleh AJK Alumni UiTM Perlis. Pihak Alumni UiTM Perlis turut menyumbang duit kepada graduan cemerlang dikalangan pelajar miskin pada Konvokesyen kali ini. 


Mereka adalah alumni yang berjaya dan kini kembalikan kejayaan mereka kepada anak bangsa...





Terima kasih kepada semua terlibat. Ini adalah konvokesyen terakhir bagi Timbalan Pendaftar Kanan UiTM Perlis, En Zulkefli Suhaimi yang bersara wajib pada bulan September 2014. Pada setiap sidang konvokesyen di UiTM Perlis dari Konvokesyen ke 73 hingga ke 80 beliaulah orang yang menghulurkan scroll kepada Pro Canselor dan juga kepada Naib Canselor pada setiap sidang. Catatan kenangan untuk beliau.

Comments

Popular Posts