Pesta Harum Manis

Sempena Istiadat Konvokesyen ke 80, Pro Canselor juga merasmikan Pesta Harumanis hasil dari Unit Ladang UiTM sendiri. Harga jualan adalah RM18.00 sekilo. Sebanyak 3,000 biji buah mempelam harumanis disediakan sempena pesta ini, bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk dapat membeli dengan harga paling murah. Kebiasannya harganya dalam lingkungan RM25.00 sekilo. Jualan mempelam harumanis di tepi-tepi jalan pada tahun ini telah mencecah sehingga RM38.00 sekilo pada hujung musim keluarannya.





Kaya orang Perlis kalau ada 10 pokok. Kalau satu pohon pokok harumanis hasilkan 250 biji yang elok dan setiap 3 biji beratnya sekilo bermakna setiap pokok boleh hasilkan lebih kurang RM2000.00. Sepuluh pokok RM20,000.00 he he kaya pak cik.

Comments

Popular Posts