SUKMA Ke XVII Perlis2014 - Cerita saya pula

Cerita disebalik perasmian Perkampungan Sukan yang saya tidak dapat lupakan ialah.. cerita pembaca ikrar. Pembaca ikrar yang kami ambil dari kontigen suatu negeri ni dah pun buat rehearsal pada hari ahad sehari sebelum hari perasmian. Ok laa masa rehearsal tu. Bila tanya nama dia berlainan pula dari nama yang sepatutnya baca ikrar. Jadi dia bagi tahulah yang dia menggantikan kawan dia kerana kawan dia gemuruh. Bila practice kami betulkanlah intonasi nada suara orang baca ikrar katakan. Oklah cantiklah bagi kami.

Hari perasmian kontigent negeri semua dah turun. Ramai bukan main kawasan yang sempit bertambah sesak. Sukarelawan dah berada di tempat masing-masing memanggil kontegent negeri yang mana berselerak disekitar dataran.

Ok lagi lima belas minit saya tinjau kontigent dimana pembaca ikrar ini sepatutnya ada. Saya tengok muka dia pun tak ada. Biar betul ni. Kalau dia tak ada siapa yang nak ganti dia. huh. Tak boleh jadi kena cari pengganti dengan segera. Bincang dengan AJK lain minta bantu kena cari pengganti juga. Saya terus ke kontigent yang dipilih ini untuk cari pengganti. Semua atlet menolak bila minta tolong, Ada seorang atlet ni yang dibawa ke stage untuk baca kata dia tak boleh baca!! Toing betul masa tuu. Masa dah semakin suntuk. Ada antara kawan-kawan dalam kontigent ini cadangkan atlet perempuan. Tak pernah dibuat orang fikir saya. Tak jadi cuba juga tanya minta dan suruh dan kadang-kadang bunyi macam paksa atlet laa pulak. Maklumlah ini majlis mereka. Akhirnya seorang atlet berbangsa Cina dia kata dia nak cuba. Lega la juga. Jadi saya bawa dia ke stage untuk tengok ikrar untuk dibaca. Masa tinggal 5 minit lagi sebelum Menteri Besar tiba.

Tiba-tiba seorang  pegawai beritahu saya pembaca ikrar sebenar dah dijumpai. Lega rasanya. On time  pula tuu. memang dugaan laa. Dekat mana dia duduk tanya saya.  Dia duduk dekat pejabat kolej. Mak datuk buat apa tunggu kat situ, punya laa jauh. Agak saya dia pun gemuruh juga kut. Nampak gaya terkena juga laa saya pagi tuu.. panik tahap gaban. Bayangkan majlis tu tiada pembaca ikrar. Kalau tiada juga saya cari sukarelawan ja la baca. Dan dia yang dimaksudkan ialah ...sudah tentu staf saya.

Comments

Popular Posts