Perasmian Trek Basikal Lasak di UiTM Perlis

Perasmian Trek Basikal Lasak oleh DYTM Raja Muda Perlis merupakan satu lagi tempat  bersukan yang terbaru di Kampus UiTM Perlis.








 Trek basikal lasak ini adalah idea dari Rektor sendiri iaitu terhasil daripada kerja mengorek parit berhampiran kawasan trek ini. Keadaan musim kemarau yang panjang di negeri ini menyebabkan kawasan parit yang ada didalamkan bagi mendapatkan air. Air ini diguna untuk menyiram rumput di padang bola bagi persediaan Sukan Malaysia (SUKMA). Tanah yang dikeluarkan kemudiannya dijadikan trek basikal lasak ini. Walaupun kawasannya nampak kecil tetapi treknya memang mencabar kepada para peserta. Semasa perasmian ini ramai peserta yang selalu berbasikal dengan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis turut mencuba trek ini. Majlis perasmian ini adalah anjuran pelajar Sains Sukan yang mengambil matapelajaran media dan merupakan salah satu tugasan mereka.

Comments

Popular Posts