Monday, June 30, 2014

Semanis kurma seikhlas hati.



Kelab Kebajikan Kakitangan Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan UiTM Perlis mengambil kesempatan atas kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini dengan mengadakan aktiviti  sumbangan buah kurma kepada pengguna perpustakaan. Buat permulaan sebanyak 50kg buah kurma telah dibeli dan dibungkus untuk tujuan tersebut. Pihak Kelab juga bercadang untuk membeli tambahan buah kurma lagi apabila lebih ramai staf yang memberi sumbangan untuk aktiviti ini. Aktiviti ini telah dimaklumkan kepada para hadirin di majlis Perasmian Pameran Sejarah UiTM Perlis pada minggu lepas. Pada hari tersebut sahaja beberapa orang staf dari jabatan lain turut sudi menghulurkan sumbangan wang untuk aktiviti ini. Semoga aktiviti kecil ini memeriahkan suasana Ramadhan dengan memperbanyakan ibadah dikalangan kita semua.


Alhamdulillah pada petang ini dihari kedua Ramadhan aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan. Sumbangan buah kurma kepada pengguna perpustakaan telah selesai dalam masa setengah jam sahaja. Kakitangan perpustakaan turut menerima sumbangan buah kurma ini.
Semoga ianya dapat dilaksanakan lagi pada masa hadapan. Semanis kurma seikhlas hati.


Thursday, June 26, 2014

Perasmian Pameran Sejarah UiTM Perlis

Perasmian Pameran Sejarah UiTM Perlis Sempena Sambutan 40 Tahun UiTM Perlis telah berlangsung di Galeri Perpustakaan pada 26 Jun 2014. Ianya telah dirasmikan oleh YBhg Prof. Dato' Dr. Hj. Ahmad Redzuan Hj Abd Rahman, Rektor UiTM Perlis.


Perpustakaan sentiasa berusaha mencari idea-idea baru dalam menyokong dan membantu fakulti bagi menjadikan UiTM Perlis sentiasa mantap. Kami turut menyediakan prasarana baru bagi membolehkan pensyarah dan pelajar membuat rakaman untuk blended learning  di bilik latihan perpustakaan yang sangat sesuai untuk tujuan tersebut.


 Banyak pesanan berkaitan peranan warga UiTM Perlis telah dimaklumkan kepada staf. Setiap waktu dan ketika kita meninggalkan sejarah untuk anak bangsa kita di masa hadapan. UiTM Perlis perlu mantap dengan setiap warganya perlu peka kepada keperluan pembelajaran sepanjang hayat.


 



Pameran ini adalah usaha sama pihak perpustakaan PDJH, USMB dan juga jabatan-jabatan lain di UiTM Perlis. Bahan pinjaman pameran juga kami terima dari En. Abdul Rashid Sintha Madar.
Terima kasih semua yang telah menjayakan pameran ini. 

Monday, June 23, 2014

Jualan Buku Akademik 2014

Jualan Buku Akademik di Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan UiTM Perlis bermula dari 23 hingga 27 Jun 2014. Sebanyak 8 pembekal buku telah mengesahkan penyertaan mereka. Jualan buku akademik ini bagi memenuhi keperluan buku akademik untuk penggunaan pelajar di sini.

 








 Gambar bawah-bawah tu pembekal yang turut serta. Terima kasih semua.



Karnival Fakulti Sains Gunaan UiTM Perlis

Karnival Fakulti Sains Gunaan. Bermula dari 23hb hingga 24 Jun 2014. Selain jualan buku terdapat juga pameran penyelidikan dan poster antara pelajar ijazah, taklimat dari Pejabat MARA Perlis serta ceramah. Terbaik untuk permulaan bagi Fakulti ini di UiTM Perlis. Semuanya kena bermula di mana-mana baru boleh ukur pencapaiannya. Tahun depan adakan lagi tetapi dengan tambahan idea-idea baru.


  



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads