Semanis kurma seikhlas hati.



Kelab Kebajikan Kakitangan Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan UiTM Perlis mengambil kesempatan atas kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini dengan mengadakan aktiviti  sumbangan buah kurma kepada pengguna perpustakaan. Buat permulaan sebanyak 50kg buah kurma telah dibeli dan dibungkus untuk tujuan tersebut. Pihak Kelab juga bercadang untuk membeli tambahan buah kurma lagi apabila lebih ramai staf yang memberi sumbangan untuk aktiviti ini. Aktiviti ini telah dimaklumkan kepada para hadirin di majlis Perasmian Pameran Sejarah UiTM Perlis pada minggu lepas. Pada hari tersebut sahaja beberapa orang staf dari jabatan lain turut sudi menghulurkan sumbangan wang untuk aktiviti ini. Semoga aktiviti kecil ini memeriahkan suasana Ramadhan dengan memperbanyakan ibadah dikalangan kita semua.


Alhamdulillah pada petang ini dihari kedua Ramadhan aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan. Sumbangan buah kurma kepada pengguna perpustakaan telah selesai dalam masa setengah jam sahaja. Kakitangan perpustakaan turut menerima sumbangan buah kurma ini.
Semoga ianya dapat dilaksanakan lagi pada masa hadapan. Semanis kurma seikhlas hati.


Comments

Popular Posts