SUKMA Ke XVII - Terima Kasih kepada Jawatankuasa Kecil Penginapan, Sajian dan Makan Malam.


Majlis minum petang ini dibuat untuk menyatakan rasa terima kasih kepada sukarelawan SUKMA dan juga AJK Kecil Penginapan, Sajian dan Makan Malam yang telah menjalankan tugas sepanjang berlangsungnya SUKMA ke XVII di Perlis ini. Majlis yang berlangsung di Dataran Tuanku Canselor, UiTM Perlis ini dirasmikan oleh YB Tuan Jepferi Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Kecil Penginapan, Sajian dan Makan Malam. Dalam ucapannya beliau sangat terharu dengan kesungguhan petugas menjalankan tugas masing-masing bagi menjayakan SUKMA kali ini. Beliau melahirkan rasa kagum dengan staf UiTM dan lain-lain pegawai dari IPT yang memberi komitment yang tinggi dalam melaksanakan tugas. "Ada sistem yang kebiasaan depa buat kita berani bagi tahu untuk ubah kerana ianya lebih mudah dan mereka ikut kita" antara kata beliau merujuk kepada bebrapa keputusan yang staf UiTM cadangkan dalam pengurusan penginapan. " sekarang baru saya faham kenapa UiTM suruh buat perasmian perkampungan di tempat itu, nampak ramai " merujuk kepada tempat majlis perasmian perkampungan yang dibuat di kawasan antara kolej. Itu adalah antara beberapa intipati ucapan beliau di majlis tersebut.

 
  
 
 Sebelum berakhir majlis, YB Tuan Jefperi sudi menyampaikan sijil-sijil kepada wakil-wakil IPT yang terlibat dengan penginapan untuk SUKMA kali ini.


Comments

Popular Posts