Tuesday, December 20, 2011

Do you know who's watching you?




Sekian. Kiasan Just Read ... terkedu bila baca infographic dan data visualization ini.


Terima kasih kepada   yang share maklumat ini.

Tuesday, December 06, 2011

PROMED@CS11 1MG 1MC

 PERTANDINGAN PENGATURCARAAN KOMPUTER & REKACIPTA MULTIMEDIA 2011
1MALAYSIA GREEN 1MALAYSIA CLEAN
Dewan Sri Semarak
UiTM Perlis
2 - 4 Disember 2011

Sebanyak 39 kumpulan bagi pertandingan pengaturcaraan komputer dan 29 kumpulan rekacipta multimedia berkumpul di Perlis bagi menjayakan pertandingan tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Sains Komputer UiTM Perlis dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Perlis. Peserta terdiri dari pelajar UiTM dari kampus Terengganu, Melaka, Perak, Pahang, Perlis, Shah Alam, Kelantan, Kedah, serta pelajar dari UUM, UTeM, dan UKM.

Usaha yang menarik antara UiTM Perlis dengan Kementerian Pelancongan Malaysia (Perlis) dalam mengendalikan program ini harus dipuji. Ianya bukan sahaja berkaitan dengan pertandingan tetapi juga dapat mengenengahkan serta mempromosikan homestay di negeri Perlis. Kebanyakkan peserta menginap di homestay  dan didedahkan dengan adat dan tradisi negeri ini. Lawatan ke Gua Kelam, Padang Besar dan beberapa tempat lain meninggalkan kesan yang baik untuk tujuan promosi pelancongan negeri ini.




  
Sekian. Kiasan Just Read ...hadir dalam Majlis Perasmian Penutup. 

Tuesday, November 29, 2011

RM200 Baucer Buku untuk Penuntut IPT


Kedai buku dan pembekal mana yang untung nanti. Banyak baucar yang akan dikeluarkan. Bayangkan lebih kurang 1.2 juta pelajar yang akan mendapat baucer ini. Kalau tak kawal mungkin pembekal atau kedai buku tertentu saja akan jadi tumpuan. Rm200 x 1.2 juta pelajar...hooo banyak tuu.

Sumber: Berita Harian. Baucer buku bernilai RM200 untuk penuntut institusi pengajian tinggi, yang diumumkan dalam Belanjawan 2012, boleh mula digunakan pada awal pengajian tahun depan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab Rahim Md Noor.


Sumber: Utusan Malaysia. ...., mekanisme untuk menentukan kaedah menukarkan baucer dengan buku untuk dimanfaatkan penuntut akan diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin tidak lama lagi.


Sekian. Kiasan Just Read ...baucar tukar dengan buku bukan dengan duit ...ingat tu pelajar-pelajar sekalian!

Saturday, November 26, 2011

Academic Libraries on Facebook



Berkesankah membuat promosi perpustakaan melalui Facebook? Persoalan ini telah dibuat kajian oleh Michalis Gerolimos dari Alexander Technological Educational Institute of Thessaloniki, Greece yang melihat melalui kacamata Academic Libraries on Facebook: An Analysis of Users' Comments.  

Kajian beliau adalah dengan menganalisa 20 perpustakaan akademik yang terbaik di dunia yang mempunyai Facebook.  Sebanyak 3,513 post di analisa melalui 20 kategori dan beliau mendapati 91% post yang dibuat oleh perpustakaan tidak mendapat apa-apa "like" atau komen. Sementara yang respond (like atau komen) pula didapati 82% menyatakan melalui "like" sahaja. Ini bermakna kita tidak boleh mengharapkan komen dari Facebook sahaja untuk membuat perubahan di perpustakaan. Anggapkan sahaja ianya kaedah promosi yang terkini dan mengikut trend semasa.

Di bawah ini disenaraikan sebahagian dari Perpustakaan-perpustakaan di  UiTM yang mempunyai facebook. Ada yang membuat facebook page dan ada sebagai facebook terus, apa-apapun teruskan promosi anda semoga perkhidmatan kita diguna semaksimanya.
Sekian. Kiasan Just Read ...like ... like ... like!



Thursday, November 24, 2011

Korban 2011





 

Sekian. Kiasan Just Read ...Korban secara sederhana. 5 ekor sahaja untuk tahun ini yang dibuat dalam kampus.

Tuesday, November 22, 2011

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

  

 
  

   

  Sekian. Kiasan Just Read ...sempat melawat Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) yang cantik dan menarik. Warna dan interior yang sesuai mengikut zaman. Ramai pelawat yang datang semasa saya di sana. Ada pertandingan yang melibatkan kanak-kanak berjalan pada masa itu. Sambil itu rombongan dari sekolah-sekolah juga datang pada sebelah petang memeriahkan suasana di PPAS.

Saturday, November 12, 2011

Terbit Buku Bergambar Sendiri

Sekian. Kiasan Just Read ...anda yang berminat untuk terbitkan buku bergambar kini lebih mudah kerana perkhidmatan secara online kini sudah berada di Malaysia. Gambar perkahwinan, percutian, biography, parti  harijadi, dan sebagainya boleh diabadikan dalam buku bergambar. Ada beberapa kedai yang menawarkan tawaran istimewa sehingga hujung tahun ini. Salah satunya adalah myflippix. Ada lagi... photobook, dan lagi ...  wedoo...anda google saja "photobook" banyak link untuk anda pilih. 

Imej ehsan: www.photobook.com.my

Friday, November 11, 2011

Bumbung Bocor



Sekian. Kiasan Just Read ... hujan yang kerap berlaku dihujung-hujung tahun ini memerlukan tindakan pantas dari Pejabat Pengurusan Fasiliti  bagi memperbaiki bumbung yang bocor.  Terima kasih atas tindakan yang diambil.  

Lawatan Guru-Guru Sekolah Vokasional Arau



Sekian. Kiasan Just Read ...lawatan guru-guru Sekolah Vokasional Arau pada hari ini adalah untuk melihat amalan 5S di UiTM Perlis. Perpustakaan sebagai Jabatan yang ditugaskan menerima tetamu telah memberi taklimat dan juga membawa pelawat melihat sendiri amalan 5S yang dilaksanakan di pejabat. Sekolah ini yang bersebelahan dengan UiTM pada 2012 nanti akan dikenali sebagai Kolej Vokasional Arau. Mereka akan menawarkan kursus peringkat diploma dan juga sijil kemahiran.

Monday, November 07, 2011

Tagline?


Sekian. Kiasan Just Read ...835 taglines dari universiti and kolej yang terdapat US. Ada yang sama dengan kita ka?

UiTM Juara Piala MASUM 2011




Kejohanan Bola Sepak Piala MASUM 2011 yang berlangsung di UiTM Perlis dari 28 Okt hingga 4 Nov 2011 berakhir dengan UiTM menjadi Johan Winner Pool. Naib Johan: UM dan tempat ketiga UPM.
Sekian. Kiasan Just Read ...semoga pemain piala MASUM dapat wakili negara dalam piala dunia.

Hitam Putih Piala Malaysia






Mengurus kejohanan yang besar-besar memerlukan perancangan dan strategi yang rapi. Bola sepak sekarang ini perlu menekankan aspek sukan+hiburan+penonton(peminat)+perniagaan. Aspek ini perlu diterapkan bukan sahaja kepada pengurus dan persatuan bola sahaja tetapi pemain juga. Semua itu akan menjana hasil kepada pasukan. 

Sekian. Kiasan Just Read ...suka permainan pantas. Sempat ambil gambar peminat Terengganu sahaja. Tahniah Negeri Sembilan, Juara Piala Malaysia 2011.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads