Academic Libraries on Facebook



Berkesankah membuat promosi perpustakaan melalui Facebook? Persoalan ini telah dibuat kajian oleh Michalis Gerolimos dari Alexander Technological Educational Institute of Thessaloniki, Greece yang melihat melalui kacamata Academic Libraries on Facebook: An Analysis of Users' Comments.  

Kajian beliau adalah dengan menganalisa 20 perpustakaan akademik yang terbaik di dunia yang mempunyai Facebook.  Sebanyak 3,513 post di analisa melalui 20 kategori dan beliau mendapati 91% post yang dibuat oleh perpustakaan tidak mendapat apa-apa "like" atau komen. Sementara yang respond (like atau komen) pula didapati 82% menyatakan melalui "like" sahaja. Ini bermakna kita tidak boleh mengharapkan komen dari Facebook sahaja untuk membuat perubahan di perpustakaan. Anggapkan sahaja ianya kaedah promosi yang terkini dan mengikut trend semasa.

Di bawah ini disenaraikan sebahagian dari Perpustakaan-perpustakaan di  UiTM yang mempunyai facebook. Ada yang membuat facebook page dan ada sebagai facebook terus, apa-apapun teruskan promosi anda semoga perkhidmatan kita diguna semaksimanya.
Sekian. Kiasan Just Read ...like ... like ... like!



Comments