Tuesday, March 29, 2011

Expo Selangkah ke UiTM

Expo Selangkah ke UiTM telah diadakan pada 26 dan 27 Mac 2011 bertempat di Dewan Seri Semarak, UiTM Perlis. Ianya telah mendapat sambutan yang baik dari lepasan SPM dari seluruh Perlis dan sekitarnya. Persediaan yang rapi dari pihak UiTM telah dapat melancarkan perjalanan Expo kali ini.

 Komputer dan printer yang mencukupi untuk kegunaan bakal calon

Program Mengubah Destini Anak Bangsa juga mendapat perhatian pelanggan

Juruacara menyampai makluman dari masa ke semasa

  Bersungguh-sungguh memberi penerangan

 Ibu bapa yang perihatin tentang masa depan pengajian anak-anak

dan petugas yang sedia menunggu tetamu


Sekian. Kiasan Just Read ...Tahniah kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan Ekspo Selangkah ke UiTM pada kali ini. Tidak lupa kepada pihak perpustakaan yang menyediakan pameran untuk tetamu. Semoga sasaran kemasukan pelajar baru tercapai untuk UiTM Perlis.

Bersama rakan seluruh dunia - Earth Hour 2011







Sekian. Kiasan Just Read ...klik... gelap sekejap.

Wednesday, March 23, 2011

Haiwan ciptaanNya

 Pukul 2 petang masa untuk memberi makan simanja ...anak-anak raccoon
 Bila tengok harimau ini ...tak boleh bayangkan kalau dia menyerang

Masa untuk menguatkan keyakinan diri

dan menikmati keindahan haiwan ciptaan Tuhan


Sekian. Kiasan Just Read ...Musim cuti semester sudah berubah-ubah antara universiti. Jadi bila ada masa jalan-jalan rehatkan minda dan cari-carilah kelainan bersama keluarga.

Pohon Kurma dan Burung Merbah

Agak lama saya tidak update blog ini. Kesibukan tugas yang menutup sedikit ruang untuk berkarya. Bekas ketua dah pernah memperingatkan saya dahulu lagi tentang kesibukan ini pasti merencatkan penulisan di blog ini.

Pagi ini ketika saya memantau bangunan perpustakaan saya mendapati terdapat suatu keistimewaan yang jarang dapat diperolehi di mana-mana. Staf saya memaklumkan bahawa burung merbah telah membuat sarang di pohon kurma dalam perpustakaan. Walaupun ia sebenarnya hanyalah pohon kurma plastik tetapi burung merbah lebih tahu kenapa ia memilih pohon tersebut. Ianya pada masa ini sedang mengeram dua biji telor. Sebelum ini terdapat dua ekor anaknya yang menetas dari sarang yang sama. Biarpun pelajar lalu lalang disebelahnya, ia tetap melaksanakan tugasnya sehingga telurnya menetas.

Walaupun sekadar hiasan, rupanya pohon kurma plastik memberi lebih dari itu. Memberi sesuatu melebihi tahap dikehendaki pengguna yang tidak dijangka itu namanya Cemerlang!


Sekian. Kiasan Just Read ...buatlah sesuatu amalan untuk kebaikan semua makhluk..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads