Tuesday, January 28, 2014

Pokok Pine Panjangkah Usia Mu?




Adakah pokok pine
di UiTM Perlis
akan hidup lama
?











Adakah anai-anai
akan bersarang di dalamnya?
.... dan kita terpaksa menebang kesemuanya?








Projek Menyiap baki Kerja Perpustakaan PDJH

Suatu Bengkel Semakan dan Penyediaan Dokumen Tawaran bagi projek menyiap baki kerja Perpustakaan di UiTM Perlis ini telah diadakan pada 28 hingga 30 Januari 2014. Ramai pakar yang datang berbincang dan melihat sendiri bangunan terbengkalai ini. Saya yang melihat dan mendengar perbincangan hanya mengharapkan yang terbaik sahaja dari bengkel ini.  Bila hendak mula dan bila dijangka siap projek ini kita serahkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Bila sudah siap kita masuk.

 
 
 
 
 
 
Pemandangan indah dari tingkap perpustakaan.

 


 
 
 Para peserta bengkel Projek Menyiap baki Kerja Perpustakaan PDJH.

Friday, January 24, 2014

Anai-anai dan pokok pine

Tinggalan anai-anai hanyalah lubang kosong pada pokok pine! Itulah yang terjadi pada pokok pine ini yang anggaran usianya 30 tahun. Akhirnya hujung tahun 2013 ia rebah ke bumi. Yang menariknya selepas kejadian, saya dapat tahu pelajar ijazah di Fakulti Perladangan dan Agroteknologi ada membuat kajian tentang anai-anai di dalam kampus ini. Siap dengan pemetaan koloni anai-anai di keseluruhan kampus. Bila mereka membuat persembahan tentang anai-anai ini baru kita tahu begitu banyak speciesnya yang berada dalam kampus ini.





 

Pokok-pokok lain juga ditebang kerana sudah tidak segar lagi.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads