Saturday, April 19, 2014

Kejohanan Bola Sepak Piala Naib Canselor UiTM

Pertandingan Bolasepak Piala Naib Canselor UiTM dan Pertandingan Bola Jaring Piala President PSKK UiTM bagi tahun 2014 telah dijalankan di UiTM Perlis dari 14 - 19 April 2014.


Keputusan kena tengok gambar, tau laa negeri mana 

Ucapan Pengerusi PSKK UiTM Perlis

Selaku Pengerusi PSKK UiTM Perlis merangkap Timbalan Pengerusi J/Kuasa penganjuran Kejohanan Bola Sepak Piala Naib Canselor 2014 dan Kejohanan Bola Jaring Piala Presiden PSKK UiTM 2014, saya merafakkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan izin dan rahmatNya jua maka kejohanan sukan staf antara kampus UiTM seluruh Malaysia ini  telah dapat dijalankan dengan jayanya pada 14 - 19 April 2014 yang lalu bertempat di kampus UiTM Perlis.

Ucapan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi UiTM Perlis yang telah memberikan kerjasama serta sokongan sama ada dalam bentuk  peruntukan bajet  mahupun sokongan moral yang membantu saya dan ahli-ahli jawatankuasa lainnya dalam mengurustadbir kejohanan tersebut. 

Jutaan terima kasih kepada YBhg. Dato' Rektor yang telah meluluskan bajet untuk persiapan pasukan bola sepak dan bola jaring UiTM Perlis yang menyertai kejohanan tersebut.

Ucapan setinggi penghargaan saya rakamkan buat semua rakan-rakan, ahli jawatankuasa, yang banyak membantu saya dalam mempastikan kejayaan penganjuran Kejohanan Bola Sepak Piala Naib Canselor 2014 dan Kejohanan Bola Jaring Piala Presiden PSKK UiTM 2014 ini.  

Saya bersyukur ke hadrat ALLah swt kerana diberikanNya kepada saya satu `pasukan' yang sentiasa memberikan kerjasama yang terbaik dan saya amat berbangga berkerja bersama-sama dengan `pasukan' tersebut.  Saya rasa tak perlu saya nyatakan nama-nama mereka kerana saya khuatir saya mungkin akan tertinggal nama-nama individu tertentu sebab ramai yang secara langsung atau tidak langsung telah terlibat dalam menjayakan kejohanan ini.

Ucapan setinggi penghargaan buat semua.

Semoga Allah swt memberikan yang terbaik buat anda semua dan memberkati kehidupan anda serta keluarga.  Amin......

Terima kasih.


Friday, April 18, 2014

Gotong Royong Lanskap PDJH

Gotong Royong Landskap pada kali ini menumpukan kepada membuat air pancut di tepi bangunan perpustakaan. Ianya projek baru bagi Jawatankuasa Landskap Perpustakaan. Semuanya atas usaha staf perpustakaan dari kerja mengorek tanah, membuat kerangka kolam dan juga menyimen sekeliling kolam. Gotong Royong pertama bermula pada 4 Jun 2013 dan yang keduanya pada 18 April 2014. Cadangan akhir akan ada pagola di kawasan ini dengan bangku konkrit disekelilingnya. Kita doakan semoga ianya berjaya.
 

Thursday, April 17, 2014

i-IDeA 2014 Promosi di Riau Indonesia.

i-IDeA 2014 akan berlangsung pada September 2014 ini. Jadi masa yang ada kami mengambil kesempatan membuat promosi di dua universiti di Riau, Indonesia iaitu Universitas Islam Riau (UIR) dan juga Universitas Riau. Kesempatan lawatan ini kami dibawa melawat beberapa projek universiti seperti projek solar yang menggunakan sepenuhnya tenaga solar untuk memberi kuasa tenaga elektrik kepada bangunan yang menempatkan makmal komputer dan bilik kuliah.









Kami turut dibawa ke ladang universiti dan menikmati hasil ladang diwaktu makan tengahari.







Akhir sekali bertemu Rektor Universitas Islam Riau dalam taklimat i-IDeA 2014 bersama-sama dengan pengurusan kanan universiti.



  


 

Semoga bertemu lagi di Perlis, Malaysia.

Wednesday, April 16, 2014

Perpustakaan Universitas Riau Indonesia

Melawat Perpustakaan Universitas Riau, Indonesia kesempatan diambil semasa mempromosikan i-IDeA 2014 di sana.





 Setiap kali pelawat memijak tikar getah di pintu masuk perpustakaan maka sistem komputer akan membaca bilangan pelanggan yang masuk ke perpustakaan. Mereka menggunakan konsep tetikus apabila kita klik maka ia akan memberi maklumat. bilangan pengguna akan dipaparkan diskrin seperti dalam gambar. Semua sistem perpustakaan dibangunkan oleh pensyarah universiti ini menggunakan konsep open source.








Sebenarnya waktu lawatan ini perpustakaan sudah ditutup, tetapi ketua dan stafnya masih sedia menunggu dan melayan kami. Terima kasih Bapak Agus Sutikno, Kepala Perpustakaan UR.
Tarikh: 16 April 2014

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads