Kejohanan Bola Sepak Piala Naib Canselor UiTM

Pertandingan Bolasepak Piala Naib Canselor UiTM dan Pertandingan Bola Jaring Piala President PSKK UiTM bagi tahun 2014 telah dijalankan di UiTM Perlis dari 14 - 19 April 2014.


Keputusan kena tengok gambar, tau laa negeri mana 

Ucapan Pengerusi PSKK UiTM Perlis

Selaku Pengerusi PSKK UiTM Perlis merangkap Timbalan Pengerusi J/Kuasa penganjuran Kejohanan Bola Sepak Piala Naib Canselor 2014 dan Kejohanan Bola Jaring Piala Presiden PSKK UiTM 2014, saya merafakkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan izin dan rahmatNya jua maka kejohanan sukan staf antara kampus UiTM seluruh Malaysia ini  telah dapat dijalankan dengan jayanya pada 14 - 19 April 2014 yang lalu bertempat di kampus UiTM Perlis.

Ucapan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi UiTM Perlis yang telah memberikan kerjasama serta sokongan sama ada dalam bentuk  peruntukan bajet  mahupun sokongan moral yang membantu saya dan ahli-ahli jawatankuasa lainnya dalam mengurustadbir kejohanan tersebut. 

Jutaan terima kasih kepada YBhg. Dato' Rektor yang telah meluluskan bajet untuk persiapan pasukan bola sepak dan bola jaring UiTM Perlis yang menyertai kejohanan tersebut.

Ucapan setinggi penghargaan saya rakamkan buat semua rakan-rakan, ahli jawatankuasa, yang banyak membantu saya dalam mempastikan kejayaan penganjuran Kejohanan Bola Sepak Piala Naib Canselor 2014 dan Kejohanan Bola Jaring Piala Presiden PSKK UiTM 2014 ini.  

Saya bersyukur ke hadrat ALLah swt kerana diberikanNya kepada saya satu `pasukan' yang sentiasa memberikan kerjasama yang terbaik dan saya amat berbangga berkerja bersama-sama dengan `pasukan' tersebut.  Saya rasa tak perlu saya nyatakan nama-nama mereka kerana saya khuatir saya mungkin akan tertinggal nama-nama individu tertentu sebab ramai yang secara langsung atau tidak langsung telah terlibat dalam menjayakan kejohanan ini.

Ucapan setinggi penghargaan buat semua.

Semoga Allah swt memberikan yang terbaik buat anda semua dan memberkati kehidupan anda serta keluarga.  Amin......

Terima kasih.


Comments

Popular Posts