Wednesday, September 29, 2010

...........oh ubat....oh ubat...mari beli ubat



Teringat cerita P.Ramlee (Tan Sri Datuk Amar Dr. P.Ramlee) bila saya letakkan tajuk kali ini. Bukan apa, saja nak ingatkan diri sendiri agar perpustakaan kita mempunyai kotak ubat yang mudah dicapai.

Jangan pula mudah capai kotak ubat sahaja...tetapi isinya kosong.
Saya rasa tidak kut ..... rasanya semua perpustakaan kita mempunyainya.

Ubat-ubat yang hendak disimpan dalam peti ubat dalam perpustakaan boleh kita dapatkan dari klinik yang ada dalam kampus kita, tetapi selalunya doktor tidak akan beri ubat makan seperti paracetamol atau ubat batuk. Ubat-ubat yang melibatkan makan atau minum perlu mendapat nasihat doktor.

Ubat-ubat atau alat dalam kotak ubat ini tujuannya adalah untuk digunakan bagi rawatan kecemasan di dalam perpustakaan sebelum mendapatkan rawatan dari doktor di klinik ataupun hospital. Harap-harap jangan ada yang salah gunakannya untuk mengambil dan bawa balik ke rumah pulak.

Saya rasa semua staf perlu tahu dimana peti atau kotak ubat ini ditempatkan dan seseorang perlu menjaga atau mengambil tahu tentang peti ubat ini. Selain itu saya berpendapat semua staf perlu menghadiri sekurangnya sekali dalam masa 4 tahun kursus CPR. Saya masih ingat menghadiri kursus CPR di PTAR dan membuat demontrasi menyelamatkan patung yang dibawa dari klinik menggantikan manusia. Ingatkan mudah rupanya susah juga untuk menentukan timingnya. Practice make perfect ..............so practice ja laa ... kalau ada patung!

Bab nyawa kita jangan ambil mudah.. setiap pelajar yang masuk dalam perpustakaan kita perlu rasa dan berada dalam keadaan selamat. Jika berlaku apa-apa kejadian yang melibatkan kecederaan atau kecemasan biarlah  kita semua sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan peringkat awal.

Jadi apa lagi.. kenalah ambil tahu!



Monday, September 27, 2010

ANUGERAH PUSTAKAWAN HARAPAN 2010

Saya menerima emel dari Persatuan Pustakawan Malaysia berkaitan dengan:
ANUGERAH PUSTAKAWAN HARAPAN 2010

ANUGERAH PUSTAKAWAN HARAPAN PPM

1.0 Pengenalan

Anugerah tahunan Pustakawan Harapan PPM ialah satu penghargaan dari Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) kepada pustakawan muda di negara ini yang telah menunjukkan pencapaian yang boleh dibanggakan dalam bidang kepustakawanan. Pemenang anugerah ini akan diumumkan semasa Mesyuarat Agung tahunan PPM.

2.0 Tujuan

Tujuan anugerah ini adalah seperti berikut :

 Untuk mengiktiraf pustakawan yang telah menunjukkan pencapaian yang membanggakan di awal kerjaya mereka.

 Untuk mengiktiraf kebolehan pengurusan dan potensi kepimpinan pustakawan muda.

 Untuk menggalakkan keahlian Persatuan Pustakawan Malaysia.

3.0 Kriteria Pemilihan

Calon yang layak untuk dipertimbangkan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya satu daripada kriteria berikut :

 Menyumbangkan kepada peningkatan profesion kepustakawan melalui PPM.

 Telah menunjukkan corak pengurusan perpustakaan yang efisien dan berkesan.

 Berjaya dalam mempromosikan penggunaan perpustakaan/pusat maklumat.

 Penglibatan dalam bidang kepustakawan di luar organisasi bertugas.

 Berjaya menghasilkan penulisan yang dapat mempertingkatkan profesion.

 Membuat penyelidikan yang boleh membantu memajukan bidang kepustakawanan.

4.0 Peraturan Pemilihan

4.1 Calon yang layak menerima anugerah ini hendaklah mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh PPM.

4.2 Calon hendaklah sudah bekerja dalam bidang kepustakawan tidak lebih daripada 15 tahun.

4.3 Calon mestilah berumur tidak lebih dariapda 40 tahun.

4.4 Calon menjadi ahli PPM sekurang-kurangnya 5 tahun berterusan termasuk tahun penerimaan anugerah.

4.5 Penerima hanya layak menerima anugerah ini sekali sahaja.

4.6 Anugerah ini tidak perlu diberi sekira Lembaga Pemilihan merasakan tiada calon yang sesuai pada tahun itu.

5.0 Jawatankuasa Pemilihan

5.1 Jawatankuasa Pemilihan terdiri daripada ahli-ahli Majlis PPM dan ahli kanan PPM.

5.2 Perbincangan Jawatankuasa Pemilihan adalah sulit.


6.0 Pencalonan

6.1 Pencalonan hendaklah dibuat melalui cadangan dengan keizinan calon.

6.2 Pencalonan sendiri adalah dibenarkan sekiranya calon memegang jawatan tertinggi di perpustakaan bertugas. Pencalonan sedemikian hendaklah disokong oleh seorang ahli PPM.

6.3 Kertas pencalonan hendaklah disertakan dengan hujah sokongan memenuhi kriteria-kriteria pemilihan.

6.4 Ahli Jawatankuasa Pemilihan dan keluarga terdekat tidak boleh membuat pencalonan atau dicalonkan.

7.0 Pemilihan

7.1 Calon mungkin diminta hadir temubual jika dirasakan perlu.

7.2 Lawatan ke perpustakaan/pusat maklumat calon akan dijadualkan jika perlu.

7.3 Calon hendaklah memberi maklumat tambahan jika diminta oleh Jawatankuasa Pemilihan.

7.4 Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamat.


8.0 Hadiah

8.1 Wang Tunai RM 500.00.

8.2 Trofi dan sijil penghargaan.


Sekian.

Saturday, September 25, 2010

Bergambar di perpustakaan!


Bergambar di perpustakaan! emmm tak pernah terfikirkan. Saya rasa kalau kita buka album kita semasa kita belajar di universiti tentu susah nak dapat gambar kita di dalam perpustakaan atau di luar perpustakaan yang tertera tulisan nama bangunan perpustakaan. Kalau saudara saudari ada gambar seperti saya nyatakan; tahniah saya ucapkan.

Saya berpendapat gambar yang diabadikan oleh pelajar berlatar belakangkan bangunan atau suasana dalam perpustakaan yang kita bertugas di dalamnya memberi maksud yang mereka ingin mengenangkan tempat mereka menuntut ilmu. Sudah tentu kita tumpang gembira kerana ianya suatu penghormatan kepada tempat kerja kita.

Persoalannya adakah kita menyediakan tempat untuk mereka merakamkan kenangan tersebut? Saya berpendapat biarlah setiap perpustakaan mempunyai tempat untuk bergambar kenangan dengan berlatarbelakangkan nama perpustakaan berada di atas kepala mereka, maksud saya tidak terlindung bila dah berposing ramai dengan kawan-kawan. Macam pesta konvo ada tempat untuk merakamkan kenangan berlatar belakangkan logo dan nama konvo.

Gambar dahulu menjadi sejarah sekarang... gambar sekarang akan menjadi sejarah di masa akan datang. Lihatlah gambar-gambar lama Tun Abdul Razak di PTAR yang kemudiannya dipertontonkan kepada Dato' Sri Mohd. Najib Perdana Menteri Malaysia semasa beliau melawat UiTM. Sekurang-kurangnya ada foto dalam perpustakaan.

Pelajar kita sekarang ini akan menjadi pemimpin masa depan, biarlah tempat kita menjadi salah satu tempat kenangan yang diabadikan dalam album untuk kenang-kenangan anak cucu mereka, mana tahu dalam buku biografi mereka tertera nama perpustakaan kita!

Jadikan tempat kerja kita juga sebagai abadi sejarah untuk mereka.

Thursday, September 23, 2010

Bagaimana menyimpan surat khabar?



Bagaimana nak menyimpan surat khabar itu perkara mudahkan! Tapi yang susahnya bagaimana nak dapatkan kembali! Kat dalam stor memang dah bertimbun. Bayangkan sehari terima 7 judul surat khabar atau sesetengah perpustakaan mungkin lebih. Sebulan dah berapa ratus naskah tuu. Agak memenatkan jika ada yang hendak berita dari surat khabar yang bercetak ini dari bulan-bulan yang lepas. Kita pulak longgokan semuanya kat stor. Pergilah cari sendiri, itulah yang selalunya dibuat orang yang sedikit malas.

Kalau cakap tentang online newspaper tuu lainlah, nii yang dok bertimbun nii. Dulu kita ikat ikut bulan, longgok dengan tertulis bulan Jan, Feb, Mac.... Bila semak kemudiannya bulan kemana tajuk akhbar kemana semuanya bercampur.

Itu dulu, masa ni dah lain dah. Ada kreativiti yang lahir pada individu ini (gambar) yang merekacipta tempat letak surat khabar dengan lebih baik. Sejak 2004 rak yang direka ini menyelesaikan kaedah penyimpanan surat khabar hingga sekarang ini. Kreativiti perlu dibiar berkembang dengan suburnya di semua perpustakaan.

Cuma orang kreatif faham mereka yang kreatif...jadi anda semua kreatif!

Monday, September 20, 2010

Pameran buku baru kenapa tak menarik?

baca - Fotopages.com khusyuk - Fotopages.com
Pameran buku baru di perpustakaan kalau di lihat dari dulu (90an) hingga kini dari segi bentuk pameran fisikalnya tidak banyak berubah. Buku baru disusun dan pengguna tidak dibenarkan pinjam tetapi boleh ditempah. Bila buku sudah diletakkan di rak barulah boleh diambil untuk dipinjam. Ada juga yang dipamerkan begitu lama hingga berbulan-bulan kerana tiada siapa yang ambil peduli. Apatah lagi jika buku baru tidak ada yang hendak dikeluarkan dari Unit Katalog, kosonglah ruang pameran buku baru.


Kecuali kalau dilihat dalam website perpustakaan (itupun yang ada website)mungkin ada sedikit ruang untuk buku baru. Walau bagaimanapun ianya tidaklah sama seperti perletakannya secara fizikal dalam ruang perpustakaan. Rasanya kita tak berapa cekap dari segi pemasaran bahan yang sedia bertimbun dalam perpustakaan. Berbagai alasan boleh diberi jika kita tidak berminat mengenai isu ini.


Kalau kita pergi ke kedai buku seperti MPH dan Popular kita akan dapati mereka ini lebih kreatif dalam membuat pameran. Siap ada thema lagi tuu. Ingat masa bulan Ramadhan baru ni. Buku-buku PTS yang berkaitan dengan puasa dan agama diberi nafas baru dengan kaedah pameran yang menarik.

Kita di perpustakaan bagaimana? tak nak berubah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads