Sunday, April 24, 2011

Woodball "Anybody Can Play"

 
 










Pagi Ahad 24 April semua pemain woodball yang mewakili rumah sukan masing-masing turun ke gelanggang seawal jam 8 pagi bagi memulakan kejohanan ini. Gelanggang 24 gate ini merupakan gelanggang yang diiktiraf sebagai standard antarabangsa. Kejohanan 7th Asian Cup woodball Championship 2011  dan juga 15th Malaysian Woodball International Open Championship 2011 akan diadakan di gelanggang ini pada 19-25 Julai 2011.

Pembaca dapat saksikan suasana pemain memukul bola mengatasi cabaran padang yang tidak rata dan mempunyai pelbagai rintangan seperti pokok, kolam dan juga kecerunan yang melampau. Apapun woodball adalah permainan "Anybody Can Play"! Lagi rendah mata yang dikumpul lagi baik kedudukan anda, macam golf ianya juga ada tahap "Par". Bagi 24 gate lebih kurang 2 jam untuk menghabiskannya. Pasti berpeluh dengan berjalan dalam gelanggang ini melebihi 1 kilometer secara tidak sedar.


Sekian. Kiasan Just Read ...bersukan ikut tahap umur dan kemampuan.



Bowling Kejohanan Sukan Antara Staf UiTM Perlis Meriah


Kejohanan Sukan Antara Staf UiTM Perlis memang mendapat sambutan, apatah lagi Rektor pun turut turun bermain bersama anak buahnya. Mewakili rumah Oren belia beberapa kali memecahkan riuh rendah gelanggang bowling dengan balingan STRIKE nya. Hilang sekejap tekanan kerja bila dapat bersama kawan-kawan  pada malam Isnin 18 April yang lepas.  Terima kasih dan syabas ...penganjur.





Sekian. Kiasan Just Read ...bersukanlah sikit.

Bangunan lama ITM Perlis Terbakar






Semasa sidang akhbar Majlis Soft-Launch Pra Pendaftaran Persatuan Alumni UiTM Perlis saya mendapat tahu bahawa bekas bangunan ITM di Jalan Padang Katong telah terbakar. Jadi kesempatan balik bertugas saya rakamkan gambar terbaru ini untuk tatapan pembaca. Rumah Pengakap yang menjadi tempat sementara ITM beroperasi dalam tahun 1974 dengan pengambilan pertama seramai 258 pelajar itu dikatakan terbakar tengahari ini. Bangunan ini kini mejadi sebahagian dari sejarah perkembangan UiTM di utara tanah air. Pastinya kenangan semasa belajar di ITM bagi pelajar tahun 1974 hingga tahun 1979 sebelum mereka berpindah ke kampus tetap di Arau pada tahun 1980 akan menjadi suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Melihat pada sebahagian bangunan yang masih ada ini pasti kita dapat membayangkan bagaimana suasana pelajar dahulu menghuni rumah papan ini bersama pensyarah mereka mencari ilmu dan menjadikan diri mereka keluar dari kepompong kemiskinan pada masa itu.


Sebab itulah kadang-kadang bangunan lama perlu dikekalkan dan dijaga. Apabila ia musnah generasi sekarang dan akan datang tidak lagi dapat melihat kebenaran yang dikatakan. Cuma gambar sebagai bukti kenangan.


Sekian. Kiasan Just Read ...setuju sangat jika UiTM memohon agar Kerajaan Negeri Perlis bagi kepada UiTM untuk mentadbir tanah di Jln Padang Katong tempat bermulanya perkembangan universiti pertama di utara tanah air..

Sunday, April 03, 2011

Kasihnya ibu



  




 Eh banyak pula cerita burung merbah nii.  Lepas banjir banyak serangga mencari cahaya lampu di waktu malam dan bila pagi serangga ini banyak yang jatuh termasuklah di atas kereta.  Pagi ini ibu merbah mengajar anaknya mencari serangga di atas kereta saya. Saya rakamkan gelagat ibu dan anak merbah ini. Kasih ibu mengajar anak sudah lumrah kejadian ciptaanNya.

Sekian. Kiasan Just Read ...kasih ibu membawa ke syurga..

Sudah menetas


Pagi ini bila melihat ibu merbah tidak ada di sarangnya saya jenguk dan lihat telah ada anak merbah yang baru menetas. Dalam kampus UiTM Perlis memang banyak burung merbah. Tempat yang selamat dan bebas gangguan baginya. Mungkinkah juga merbah berkata UiTM dihatiku!

Sekian. Kiasan Just Read ...menghargai ciptaanNya.

Banjir sana sini

Dalam perjalanan balik ke rumah selepas kerja...Amaran Banjir Di Hadapan

redah air ramai-ramai....pesta

Tunggu kawan...dalam air

bangunan kediaman polis

mahu isi minyak atau air?

dalam nii


Balai bomba ...air bukan masalah

sekarang yang penting boat.

Sekian. Kiasan Just Read ...basah...kering ...bersama.

Perniagaan waktu banjir

Warung di tepi jalan baru nak dibuka...macam atas jalan jaa

macam ada aktiviti di tengah jalan nii... sebelah jalan sana air dalam 
kenderaan tidak boleh lalu
Warung burger tengah-tengah jalan

Betul laa tuu


Sekian. Kiasan Just Read ...asalkan halal dan tidak menyusahkan orang.

Keselamatan waktu banjir

Polis pastikan keselamatan terjamin


Jalan di hadapan airnya dalam


Bagi kepentingan keselamatan waktu banjir, polis terpaksa memaklumkan kepada pengguna jalanraya tentang air yang dalam yang mereka akan tempuh di hadapan nanti dan meminta kenderaan ringan berpatah balik. Sementara penunggang motosikal yang suka ronda-ronda polis buat sekatan untuk memeriksa motosikal dan lesen pemandunya.

Sekian. Kiasan Just Read ...patuhi undang-undang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads