Bangunan lama ITM Perlis Terbakar






Semasa sidang akhbar Majlis Soft-Launch Pra Pendaftaran Persatuan Alumni UiTM Perlis saya mendapat tahu bahawa bekas bangunan ITM di Jalan Padang Katong telah terbakar. Jadi kesempatan balik bertugas saya rakamkan gambar terbaru ini untuk tatapan pembaca. Rumah Pengakap yang menjadi tempat sementara ITM beroperasi dalam tahun 1974 dengan pengambilan pertama seramai 258 pelajar itu dikatakan terbakar tengahari ini. Bangunan ini kini mejadi sebahagian dari sejarah perkembangan UiTM di utara tanah air. Pastinya kenangan semasa belajar di ITM bagi pelajar tahun 1974 hingga tahun 1979 sebelum mereka berpindah ke kampus tetap di Arau pada tahun 1980 akan menjadi suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Melihat pada sebahagian bangunan yang masih ada ini pasti kita dapat membayangkan bagaimana suasana pelajar dahulu menghuni rumah papan ini bersama pensyarah mereka mencari ilmu dan menjadikan diri mereka keluar dari kepompong kemiskinan pada masa itu.


Sebab itulah kadang-kadang bangunan lama perlu dikekalkan dan dijaga. Apabila ia musnah generasi sekarang dan akan datang tidak lagi dapat melihat kebenaran yang dikatakan. Cuma gambar sebagai bukti kenangan.


Sekian. Kiasan Just Read ...setuju sangat jika UiTM memohon agar Kerajaan Negeri Perlis bagi kepada UiTM untuk mentadbir tanah di Jln Padang Katong tempat bermulanya perkembangan universiti pertama di utara tanah air..

Comments