
Banjir telah melanda Perlis sekali lagi hanya 4 bulan selepas
banjir besar pada November 2010 yang lalu. Hujan lebat pada hari Sabtu 26 Mac 2011 disebelah pagi menyambut
Expo Selangkah ke UiTM yang kemudiannya berlarutan sedikit sedikit hingga Isnin dengan lebih lebat tanpa reda ke hari selasa menyebabkan banjir kembali ke Perlis. Ampangan Timah Tasoh dibuka 6 pintu kesemuanya menyebabkan limpahan air yang banyak memasuki sungai dan kawasan-kawasan rendah di kampung-kampung. Bukan kampung sahaja, taman-taman juga turut mengalami banjir ini. Kali ini tak kecoh sangat kerana mungkin pengalaman banjir pada November lalu banyak membantu orang ramai dan pihak berkuasa bagi menghadapi musibah kali ini. Bilik gerakan banjir cepat diaktifkan dan makluman tentang banjir sentiasa dihebahkan oleh pihak Radio Perlis.fm.
Jalan-jalan yang dinaiki air pada 30 Mac 2011
Awan tebal dan kabus menyelubungi kawasan tempat tinggal saya lebih kurang seminggu sebelum berlakunya banjir
Salah sebuah rumah di kawasan kejiranan saya yang dinaiki air
Airnya deras dan merbahaya kepada kanak-kanak yang bermain tanpa pengawasan orang dewasa
sepanjang hari tanpa elektrik
MB melawat salah satu khemah banjir yang berhampiran tempat saya
Inilah keadaan di mana mangsa banjir menyedaikan makanan seharian mereka di khemah yang mereka dirikan sendiri.
Sambil makan sempat juga MB bergurau senda dengan mangsa-mangsa banjir
Lori yang dipenuhi dengan barang makanan dan keperluan lain untuk diagih-agihkan kepada mangsa banjir
Salah sebuah rumah yang terselamat dari dimasuki air walaupun disekelilingnya air mencecah keparas pinggang
Antara rumah-rumah yang terlibat dengan banjir kali ini.
Sekian. Kiasan Just Read ...maklumat yang tepat sangat penting bila kecemasan begini.
Comments