Tuesday, November 02, 2010

Arau banjir

Jam 5 petang. Mesyuarat Persediaan Konvo sudah ditamatkan. Pengarah meminta Ketua Bahagian Keselamatan memaklumkan keadaan banjir di Arau sebelum ahli mesyuarat bersurai. Menurut beliau kedua-dua jalan keluar ke Arau dan ke Kangar dah tenggelam. Kenderaan berat sahaja yang boleh lalu. Sah aku tak boleh balik nii....Pengarah minta dua buah bas untuk bawa keluar staf yang terperangkap ke Kangar.

5:45 petang bas dinaiki oleh staf pentadbiran dan juga perpustakaan di depan pejabat pentabiran bergerak dan kemudian mengambil staf HEA dan HEP di depan masjid dalam kampus. 6:50 petang bas mula bergerak keluar. Merempuh air banjir di Batas Siku yang pasti kalau kereta saya yang buat sudah tentu tak bergerak ke mana-mana.

Melihat kepada keadaan kereta yang tersadai, tabik juga kepada kawan-kawan yang berjaya melepasi air bah sedalam itu.

Jalan ke arah Arau. Tengelam dan tersadai beberapa kenderaan.


Menaiki jambatan. 
Bot penyelamat dan bangunan yang ditenggelami air kelihatan dari dalam bas.

Sayu


Kenderaan di parking atas jambatan

Sedih, rumah yang menjadi mangsa banjir


Rumah ini turut terlibat.
Di bawah jambatan ini adalah laluan keretapi.


Balik Kangar

Senyum kerana sudah mengalaminya dahulu dan kini

kami pula yang merasainya.

Ada staf perpustakaan yang telah pindah awal ke kawasan tinggi berhampiran UiTM dan dapat bertugas hingga malam kerana sekarang musim peperiksaan.

8:30 malam telefon staf yang rumahnya kena banjir. Katanya sedang bergelap kerana eletrik dah dipotong. Semua barang telah diangkat ke tingkat atas kecuali barang di dapur. 
Semoga semua mereka selamat.

Sekian. Semoga banjir cepat surut.

5 comments:

Anonymous said...

Aaaa ada staf yang kena tidur kat library... Library Hotel dah berfungsi. Cuba teka siapa guest Library hotel?

Syafrizal said...

kasihan pada mereka yang kehilangan harta benda..
tapi sekali sekala syok jugak main air hehe

safwan UiTM Arau said...

sabar menghadapi dugaan..staf UiTM terbaik....x sangka aku smpai leh banjir truk

Abd.Rashid said...

Dari emel saya

Rosnita Hj. Ja'afar menulis ....Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....
Thanks 4 the info..kena sabar dengan musibah yang melanda...

Hani Liza juga menulis ...Assalamualaikum, ...Simpati dengan keadaan yang berlaku di negeri Perlis Indera Kayangan. En. Rashid juga pastinya masih ingat dengan pengalaman banjir di TTDI, Shah Alam dulu tetapi kini di Perlis pula... Semoga sabar menghadapi ujian Allah swt ini.

Roslina pula menulis Kesiannya....masa i kelantan dulu pun begitu tapi seronok macam pesta....teringat zaman kecil-kecil dulu main air bah....

Azahan Wahid said...

Salam.

Saya juga tumpg sedih dgn keadaan banjir yg melanda Perlis & kedah jurung2 kalinya. Kali ni yg terburuk pernah berlaku. Saya pulak sibuk membantu pak mertua di Mata Ayer utk menyelamatkan brg2 rumah yang ditenggelami air. Penat jugak rasanya. Walaupun sedih, tapi hati sedikit gembira kerana dpt membantu mereka yang memerlukan. Pada rakan2 senasib, harap2 bersabar dgn dugaan ini. Ia membuatkan kita menjadi lebih bertaqwa & meneguhkan hubungan silaturrahim di antara kita.

Azahan Wahid

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads