Program Korban UiTM Perlis - 4: Persiapan di dapur

Di dapur staf dan anak-anak, masing-masing ada tugas yang menunggu. Ada saja benda nak dikupas dan nak dipotong. Timun, cili, tomato, bawang, nenas ......emm macam nak buat jelatah jaa nii.
Bab basuh ikan bagi kat adik-adik celoreng ni. Siap possing lagi tuu. Ramai adik-adik kadet yang membantu program ini. Baguslah ....bila berada dalam masyarakat universiti semuanya kena bekerjasama sebagai suatu unit yang kuat. Baru kerja jadi mudah.
Kalau perhatikan staf wanita yang bekerja kat dapur ni ...pakaian ...semuanya cantik-cantik. Wanita tetap menjaga kejelitaannya. Walaupun main air ...kena basuh daging.





Anak siapa ni tunjuk kuat lagi tuu!


Nii tengah bagi tazkirah atau gosip dan sebelah atas tuu kena potong bawang jaa tapi kenapa menangis.  
Kalau potong nenas mudah sikit boleh senyum.

Sekian. Kiasan Just Read ...berkorban apa saja


[Nota: Program Korban UiTM Perlis diadakan pada 19 Nov 2010 - Jumaat ]

Comments