Thursday, November 11, 2010

Buku percuma untuk anak-anak anda!

Dunia begitu cepat berputar. Masa saya kecil dahulu mak, ayah sibuk mencari nafkah untuk kami sekeluarga. Tidak ada masa membaca buku cerita untuk kami.  Kami belajar sendiri. Bila berkeluarga, anak-anak sewaktu kecil kami bacakan buku-buku cerita untuk mereka.

Kini anak-anak sudah besar. Bila saya melihat MeeGenius ini teringat kembali bila anak-anak masih kecil dan  ...isteri membaca buku untuk mereka.

MeeGenius adalah aplikasi bacaan untuk iPhone, iPad, iTouch dan web. Dilancarkan pada April 2010 oleh Wandy Yeap Hoh dan David Park. Ia adalah suatu dimensi baru 'story time' yang menyeronokkan dengan ilustrasi buku kanak-kanak yang cantik serta bukaan buku secara menarik dan menjadikan anak-anak anda boleh dengar sistem komputer membaca cerita kepada mereka...seperti isteri anda membaca untuk mereka (ha ha ha pasti tak setuju).

Itulah aplikasi buku kanak-kanak abad ke 21 ini. Anda kliklah MeeGenius ini, pasti anda terpegun atau mungkin teringat buku-buku cerita zaman kanak-kanak duhulu. Pada bookshelf nya terdapat buku-buku percuma yang anak-anak anda boleh membaca atau mendengar orang membaca untuknya.

Jika anda seorang penulis atau illustrator buku kanak-kanak, mereka juga boleh menerbitkannya untuk anda.

Sekian. Kiasan Just Read ...sebahagian jaa MeeGenius bagi free ..yang lain kena bayar.

1 comment:

atie said...

Sangat bagus dan sangat menarik!siap ada suara lagi..=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads