Jabatan berkaitan banjir
Bila dah kena banjir ...maklumat yang diterima begini (lihat data di bawah) dah tak mampu nak buat apa-apa lagi. Data memang sangat penting. Itupun jika kita tahu menafsirkannya dan bertindak lebih awal. Data lewat..tafsir lewat.. jadi gawat ...tanggunglah sendiri.
Data water level pada 2 Nov 2010.
Bukan sahaja data ini ..maklumat berkaitan dengan pintu ampangan nak dibuka juga perlu diketahui penduduk. Berapa pintu hendak dibuka. Pukul berapa nak dibuka rupanya memberi kesan kepada water level yang sedia ada dalam sungai dan juga di luar sungai.. maksudnya air yang dah ada dalam kampung atau taman. Penduduk kebanyakannya sudah berpengalaman dan tahu tahap air yang akan naik bila maklumat dimaklumkan. Maklumat tentang air pasang juga memberi kesan besar pada keadaan banjir ini.
Data water level pada 3 Nov 2010.
Kalau nak ke Perlis tengok peta ni
http://bencanaalam.jkr.gov.my/content.php?page=map&code=09
Maklumat berkaitan paras sungai dari Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) boleh klik kat web ini http://www.water.gov.my/ sementara Infobanjir bagi sungai di Negeri Perlis klik kat sini
http://infobanjir.water.gov.my/waterlevel_page.cfm?state=PLS
Sekian. Kiasan Just Read care for mangsa banjir ...termasuklah mereka itu ....staf perpustakaan.
Comments