Pengangkutan masa banjir


Waktu bila lori berguna? saya tak sangka ingatkan angkut barang sahaja. 
Tapi bila masa begini  ...orang lebih utama.
Lori  pengangkutan boleh redah apa saja.
Kalau dah tau ...lain kali gunakannya
Senang pii kerja. he he he.

Masa pindahkan buku dari bangunan lama ke bangunan perpustakaan baru INTEC  
guna lori juga dan tak teringin pun nak naik. Tapi bila tengok begini syok pula.

Semalam jiran sebelah rumah juga naik lori kecil. Dia pengurus bank di Kangar. Bawa staf sekali dengan barang makanan. Katanya nak diedarkan kepada staf bank yang terjejas teruk akibat banjir ini. Banyak saya belajar dari pengalaman ini dan dahulu juga. Manusia sentiasa mencari peluang mendapatkan pahala yang bila-bila masa sahaja ada jika bijak memikirkannya. 

 Naik lori ramai-ramai pii ke bandar. Kita ambil gambar depa... depa ambil gambar kita. Pelajar-pelajar ini adalah dari IPTA yang tinggal di Wang Ulu.

 Ini mungkin biasa

Ini luar biasa


 Tractor!


Pickup juga berguna

 
bawa makanan untuk mangsa

motorsikal boleh juga tapi depa buat ronda-ronda jaaa

Sekian. Kiasan Just Read dok fikir station minyak mana yang tak tenggelam. Takut tuang minyak dah campur dengan air hujan.

Comments

Anonymous said…
Naik lori sakit badan ooo.