Borders at Queensbay Mall Penang
Kesempatan cuti Hari Raya Aidiladha, saya dan keluarga balik kampung. Biasa laa jumpa emak dan adik beradik ...makan dan berborak ....sambil mendekatkan anak-anak dengan sepupu mereka.
Tengahari hari raya ke dua singgah kat Queensbay Mall dan masuk kat Borders. Pusing keliling cari buku yang minat tapi tak jumpa. Ramai orang kat Starbucks yang terletak dalam Borders ini. Sambil membaca mereka boleh juga minum-minum. Budak-budak remaja ada yang duduk atas lantai membaca. Yang dewasa asyik dengan buku masing-masing atas kerusi empok yang disediakan. Kalau pandang keliling memang ramai orang tetapi suasana tenang dan tidak bising.
Saya ke kaunter dan tanya Borders ada jual buku secara online ka? Staf lelaki menjawab belum lagi tetapi tak lama lagi akan ada online juga. Buat masa ini kalau hendak beli secara online kena guna Borders yang bukan dot my.
Saya cuba sekali lagi mencari buku yang saya nampak dalam MPHonline sebelum ini tetapi nampak gayanya ...gagal. Saya buat keputusan ke sebuah lagi kedai buku yang ada dalam kompleks ini iaitu Popular. Emmm jumpa pun buku tersebut. Buku berbalut plastik. Minta tolong staf Popular bukakan pembalut tersebut dan dapatlah membelek isi di dalamnya. Belek punya belek last sekali tak jadi beli lah. Biasalah ...aku.
Sekian. Kiasan Just Read ..eh ada orang mengintai laa!

Comments