Ribut dulu kemudian banjir
Minggu lepas ribut melanda Arau. Tidak sampai 4 hari kini banjir pula menyusul. Di hujung simpang traffic light di mana air naik hari ini adalah tempat berlakunya ribut dan puting beliong.
Bangunan yang kelihatan di tengah gambar ini adalah tempat berlakunya van keselamatan di angkat dan terbalik. Jarak dari UiTM Arau tidaklah berapa jauh. Syukur Alhamdulillah ianya tidak sampai ke tempat bertugas kami.
Saya masih teringat semasa bertugas di UiTM Sabah, saya sampai di sana selepas Sabah dilanda Ribut Greg pada 26 Disember 1996. Banyak kemusnahan berlaku sehingga bumbung perpustakaan pun dikoyak oleh tiupan Greg ini. Air masuk ke seluruh bangunan perpustakaan. Staf perpustakaan di Sabah sudah tentu lebih mengetahui akan bencana ini. Mereka telah melaluinya dengan tabah.
Sekian. Sabah masih dalam ingatan. Semoga kita dilindunggi Allah dari bencana ini.
Comments