Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA Ke-73

Sumber imej: UiTM homepage
Minggu-minggu yang penuh bermakna bagi graduan UiTM telah tiba. Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA Ke-73 pada kali ini agak istimewa kerana ianya akan melibatkan empat kampus lain selain dari Kampus Shah Alam.

Kampus Shah Alam akan memulakan Sidang Konvokesyen pada 25 Nov 2010 (khamis) dan ianya akan berlangsung selama 12 hari. Sementara Kampus Perlis bermula 29 Nov hingga 1 Dis 2010. Kampus Perak selama satu hari iaitu 27 Nov 2010. Kampus Terengganu diadakan pada 2 hingga 4 Dis 2010. Akhir sekali Kampus Sarawak pada 5 dan 6 Dis 2010.

Dijangkakan lebih dari 21,000 graduan bakal menerima diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan ijazah doktor falsafah masing-masing.

Sekian. Kiasan Just Read ucapkan tahniah kepada graduan dan tahniah juga kepada ibu-bapa/penjaga.

Comments

Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.

Popular Posts