Thursday, November 04, 2010

Rumah Tradisional Melayu bila banjir


Rumah Tradisional Melayu bila banjir beginilah adanya.

Orang tua-tua dulu bila buat rumah kira segalanya. Mana kiblatnya, mana dapur ... mana serambi dan mana beranda. Rumah ada tangga. Kalau nak elok tangga batu macam Rumah Melayu Melaka. Bawah rumah boleh letak basikal atau motorsikal. Tinggi rumah ikut air bah. Depan rumah ada tempat basuh kaki. Tau saja dulu-dulu mana ada jalan berbatu atau berturap tar ...semuanya tanah.

Banjir begini kena ambil dan simpan data untuk pengurusan pengetahuan. Bila nak buat rumah ...tinggi mana nak naikkan tanah supaya 4 ..5 tahun lagi bila banjir taklah jadi seperti rumah-rumah di bawah.    Kalau tanya penduduk setempat dulu banjir tak seteruk ini. Banyak rumah yang tak dimasuki air. Tapi kali ini lebih teruk dari dulu. Ada yang tak sempat nak alih kain baju.

Bila tengok pembangunan sekeliling bagi kawasan yang saya tinggal. Ada jalan baru, ada projek perumahan baru yang dibina yang menyebabkan pengaliran air terjejas. Semua ini input untuk semua orang yang nak membina rumah baru di kawasan Perlis nii. Tanya ...dulu banjir tinggi mana? atau kalau nak cari rumah sewa ...dulu banjir rumah nii kena ka?


 Hari pertama dah masuk air

Hari pertama bertahan, hari kedua masuk air 

 Hari pertama masuk air

 Hari pertama bertahan, hari kedua masuk air

Hari pertama masuk air

Sekian. Kiasan Just Read syukur selamat ...tetap simpati pada yang kena.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads